• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : PAS Berdolak-Dalih Isu Royalti Minyak

oleh AK-47
15/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – PAS dalam sidang medianya hari ini mengatakan isu royalti Petroleum yang dituntut negeri Kelantan kini sebenarnya dalam prosiding mahkamah dan tidak boleh didedahkan kepada umum dalam mana-mana ceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)

Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Kota Bharu dari PAS Datuk Takiyuddin Hassan jika pihak Barisan Nasional (BN) menggunakan isu itu dalam ceramah mereka, pihak PAS terpaksa juga mendedahkan butiran berkenaannya untuk menjawab isu itu.

“Isu yang berada dalam mahkamah adalah isu yang tidak boleh diperbincangkan kerana ia menghina mahkamah tetapi sekiranya perlu jika dibangkitkan oleh pihak sebelah sana (BN), bagi kerajaan negeri kita tidak ada pilihan.

“Kita terpaksa reveal (dedahkan) data-data yang perlu untuk menangkis apa-apa tuduhan kepada kita,” katanya dalam sidang media PAS di Markas Besar Pas di Tumpat, hari ini.

Kerajaan negeri Kelantan dikatakan telah memfailkan saman berkaitan tuntutan royalti minyak dan menurut peguam mereka perbicaraan sudah pun berjalan pada 30 Oktober 2013.

Sebenarnya di Pengkalan Kubor, pihak PAS yang memulakan dahulu membangkitkan isu royalti minyak dengan pelbagai tuduhan dalam beberapa ceramahnya malam tadi di Kampung Geting.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan Datuk Nasaruddin Daud merupakan antara pemimpin PAS yang lantang dalam ceramah pada malam tadi yang turut disertai oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mengulas mengenai royalti minyak ini tidak boleh didedahkan secara terperinci, tetapi jika sebut secara umum, apa yang kita tuntut misalnya dan kenapa kerajaan Kelantan menuntut royalti, itu boleh disebut,” katanya yang juga Penasihat Jentera Operasi PRK DUN Pengkalan Kubor.

PCPAS_2

Bagaimanapun dalam rakaman video hasil rakaman Mynewshub.cc malam tadi, pelbagai tuduhan dilemparkan dengan kata-kata yang agak kasar khususnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang turut hadir pada sidang media itu dilihat teragak-agak dalam menjawab soalan dalam sidang media berkenaan.

Selesai Takiyuddin menjelaskan serba sedikit tentang latar belakang beliau, beliau dilihat teragak-agak dalam menjawab soalan wartawan.

Wartawan bertanyakan Wan Rosdi di kawasan mana di Pengkalan Kubor yang akan menjadi fokus beliau dalam kempen, beliau hanya menjawab ringkas dengan suara yang agak perlahan.

http://youtu.be/Jkbc_ScRHiE

Calon PAS yang juga seorang Kontraktor Kelas A, lebih banyak berdiam diri sepanjang sidang media itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Tags: PRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

13/10/2014
0

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

30/09/2014
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd