• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : Kerana Orang Cina Sikit, Kit Siang Tak Datang Ke P Kubor?

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Politik, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT -Sejak hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Sabtu lepas, kelibat para pemimpin DAP masih tidak kelihatan baik dari Penasihat DAP Lim Kit Siang mahupun anaknya, Setiausaha Agung Lim Guan Eng.

Menjelaskan perkara itu, Pengarah Jentera Operasi PAS PRK DUN N01 Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata Kit Siang sebelum ini pernah bertanyakan kepada PAS berapa bilangan pengundi cina di DUN berkenaan.

Menurut beliau, pengundi cina hanya berjumlah sekitar 100 lebih orang dan di atas sebab itu berkemungkinan Kit Siang enggan hadir di Pengkalan Kubor di Tumpat membantu kempen PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kebetulan, Lim Kit Siang dia baru balik daripada China, lepas tu dia pun.. Dia nak mari.. Pada hari penamaan calon itu, cuma orang tempatan sahaja yang hadir.

“Dia kata sebab Cina di sini tak ramai, dia tanya berapa orang Cina di sini? kita tak boleh jawab… Cina dalam 100 orang, dia bimbang takut sensitiviti, hadir dia itu takut mengocak (mengeruhkan) suasana,” katanya.

Mudah katanya, ramailah dari penyokong PAS tidak menyukai DAP kerana atas dasar pengundi Cina yang sedikit Kit Siang enggan hadir, apatah lagi Guan Eng.

Perkataan yang digunakan oleh Wan Abdul Rahim iaitu mengeruhkan suasana menunjukkan ada rakyat dalam kumpulan tertentu tidak menyukai Kit Siang.

Mengapakah, jika sudah dalam PR sepatutnya kesemua pemimpin dalam PR hadir dan membantu PAS dalam menghadapi PRK ini.

Menurut Wan Abdul Rahim, pada PRK Pengkalan Kubor jentera PR hanya terdiri daripada PAS dan PKR sahaja tanpa kehadiran DAP.

Jika di Barisan Nasional (BN), biarpun di kawasan pengundi Cina jumlahnya teramat sedikit kesemua pemimpin parti komponen dalam BN akan hadir tidak kira dari MCA atau MIC bagi menyuarakan sokongan mereka.

http://youtu.be/qIHtbgrz42Y

Ada kemungkinan juga perang poster di Kelantan, PR tidak akan meletakkan lambang DAP kerana isu sensitiviti tadi seperti yang diungkapkan oleh PAS. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K | Video : RIZA RAZAK

Tags: PASPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd