• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Wan Ji, Nak Hapuskan Sultan Ditahan Awal Pagi Tadi

oleh AK-47
11/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang penceramah keislaman, Wan Ji Wan Hussin dilaporkan telah ditahan awal pagi tadi mengikut Akta Hasutan 1948.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Wan Ji, 32, ditahan di rumahnya di Shah Alam kira-kira pukul 2 pagi tadi dn di bawah ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Wan Ji merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dijangka akan didakwa hari ini mengikut akta sama.

Dalam satu kenyataan Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sayap PKR itu mengutuk penahanan penceramah yang juga dianggap pendakwah itu.

“Kami komited untuk mendesak kerajaan mendengar suara rakyat yang menuntut agar akta itu (Akta Hasutan 1948) dikaji semula. Kami juga akan menghulurkan bantuan guaman sekiranya dia didakwa di mahkamah,” kata kenyataan yang dikeluarkan anggota pergerakan itu, Zafril Eusoff.

Wan Ji pada tahun lepas, dalam satu rakaman video di laman YouTube telah mengeluarkan kenyataan bahawa institusi beraja iaitu Sultan akan berkubur pada tahun 2030 dalam satu ceramah yang diberikan beliau.

“Sekarang ini 2013 (tahun lepas), pada 2030, Sultan tak ada, Sultan habis.. Malaysia ini akan jadi negara republik,” katanya dalam video itu.

Menurutnya dalam video sama, ada perancangan yang tidak boleh didedahkan akan dilakukan sehingga berjaya mencapai sasaran institusi beraja akan berkubur pada tahun yang disebutkan Wan Ji.

Semalam, Pejabat Peguam Negara memaklumkan jabatan itu kini sedang meneliti beberapa kes yang membabitkan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 termasuk membabitkan Pensyarah Undang-Undang, Prof Azmi Sharom.

Dalam kenyataannya, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata ia adalah satu proses biasa dan memberi jaminan bahawa jabatan itu akan sentiasa berlaku adil.

Keputusan mengenai kes-kes terbabit akan diumumkan dalam masa terdekat.

Azmi telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 2 September lalu kerana menggunakan perkataan hasutan berkaitan krisis politik di Perak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: Akta HasutanPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zaquan Mengamuk Di Twitter, Larang Ayu Raudah Berlakon

Next Post

Gambar Siti Saleha Yang Artistik Dikomen Lucah?

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Gambar Siti Saleha Yang Artistik Dikomen Lucah?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd