• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR Bocor: NUTP Tak Lindungi Anggota Jika Terlibat

oleh Ahmad Albab
20/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menegaskan ia tidak akan melindungi anggotanya jika didapati terbabit membocorkan soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Presidennya Hashim Adnan berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan integriti guru dalam menyediakan soalan peperiksaan awam selain menjejaskan imej profesion perguruan di mata masyarakat.

“Guru yang terlibat dalam peperiksaan awam, termasuk pegawas dan pemeriksa peperiksaan telah menandatangani surat untuk menyimpan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi, dan seharusnya mereka mempertahankan integriti itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau meminta anggota masyarakat agar tidak beranggapan negatif kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara disebabkan insiden itu kerana hanya segelintir guru yang terlibat.

Kebocoran membabitkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas Sains 018, 028 dan 038.

Setakat ini 14 orang telah disiasat berhubung kebocoran itu yang 12 daripada mereka merupakan guru.

Pada masa yang sama, Hashim berkata UPSR masih lagi diperlukan sebagai penanda aras untuk menentukan tahap pencapaian murid sekolah rendah, bagi membantu mereka menempatkan diri semasa menginjak ke sekolah menengah.

Beliau berkata ia hanya perlu ditambah baik untuk mengelak insiden kebocoran daripada berulang dan tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam merupakan langkah awal ke arah itu.

Beliau berterima kasih kepada kementerian kerana melantik Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng untuk menganggotai jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

“NUTP juga bersedia dan berharap agar dapat dilantik sebagai konsultan kepada Kementerian Pendidikan secara percuma dalam isu berkaitan pendidikan negara,” katanya.

Hashim berkata NUTP merupakan pilihan terbaik kepada kementerian dalam memperbaiki sistem pendidikan memandangkan ada antara anggota kesatuan mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan.

Sementara itu Lok berkata pihaknya mendapati keghairahan guru termasuk di pusat tuisyen yang mahu memastikan pelajar mendapat ‘A’ sebagai penyebab berlakunya insiden soalan bocor. – BERNAMA

Tags: NUTPUPSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH370: Kerajaan Malaysia Kecewa Laporan Huffington Post UK

Next Post

DAP Hina Keputusan Mahkamah, Dakwa Adam Adli Tidak Salah

Related Posts

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

Murid Tahun 6 Hilang Minat Belajar, Upah Kawan Siapkan Tugasan

Murid Tahun 6 Hilang Minat Belajar, Upah Kawan Siapkan Tugasan

22/06/2023
0

PETALING JAYA – Segelintir murid tahun enam dikatakan semakin hilang minat untuk belajar sejak peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)...

Next Post

DAP Hina Keputusan Mahkamah, Dakwa Adam Adli Tidak Salah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd