• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR Bocor, Kementerian Selar Laporan Palsu Portal

oleh AK-47
23/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Pendidikan menyangkal laporan The Malaysian Insider mengenai penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr. Nai’mah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM Dr. Wan Ilias Wan Saleh susulan kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ini kerana laporan Malaysian Insider dengan tajuk ‘UPSR:Pengarah dan Timbalan LPM Tidak Pernah Digantung Tugas’ melaporkan bahawa Dr Na’imah Ishak dan Dr Wan Ilias Wan Salleh tidak pernah digantung daripada tugas mereka adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

Memetik laporan Astro Awani, kementerian itu berkata penjelasan yang dibuat oleh Ketua Setiausahanya, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, seperti yang dilaporkan di dalam portal itu, adalah mengenai terma-terma ‘gantung tugas’ dan bukannya ‘gantung kerja’ sebagaimana yang ditanya pemberita.

“Adalah dimaklumkan kenyataan kepada media yang telah di buat oleh Dr Madinah adalah seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Dr Madinah telah menjelaskan penggantungan tugas adalah merupakan satu langkah pentadbiran yang diambil oleh Kementerian di mana ia tidak berbentuk punitive atau hukuman. Ini bertujuan memastikan kelancaran proses siasatan kes kebocoran kertas UPSR.

“Mulai pengumuman penggantungan tugas oleh Tan Sri Muhyiddin, kedua-dua pegawai kanan berkenaan dikehendaki hadir bertugas di bahagian lain yang tidak ada hubung kait dengan Lembaga Peperiksaan,”katanya.

Pada 12 September, Muhyiddin mengumumkan penggantungan tugas kedua mereka sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.

Susulan laporan polis berhubung kebocoran kertas peperiksaan subjek Sains dan Bahasa Inggeris UPSR, polis menahan 14 orang bagi membantu siasatan.

Kebocoran kertas soalan itu menjejaskan hampir 470,000 murid Tahun Enam yang terpaksa mengambil semula peperiksaan bagi kedua-dua subjek yang dijadualkan pada 30 Sept.

Sehingga semalam, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Hari ini pula, Kementerian Pendidikan dan pihak polis dilaporkan sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Matematik dan Bahasa Tamil selepas laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

Ia dilaporkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis mengenai kebocoran itu dan siasatan sedang dijalankan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanatan, turut memberitahu Astro AWANI bahawa Menteri Pendidikan akan menyetuai penyiasatan di peringkat kementerian. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

Tags: PortalUPSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Lelaki Ditemui Selepas 2 Hari Maut

Next Post

Hati-Hati Dengan Typo, Kang Tak Pasal-Pasal Orang Faham Lain

Related Posts

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

Murid Tahun 6 Hilang Minat Belajar, Upah Kawan Siapkan Tugasan

Murid Tahun 6 Hilang Minat Belajar, Upah Kawan Siapkan Tugasan

22/06/2023
0

PETALING JAYA – Segelintir murid tahun enam dikatakan semakin hilang minat untuk belajar sejak peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)...

Next Post

Hati-Hati Dengan Typo, Kang Tak Pasal-Pasal Orang Faham Lain

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd