• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMT Laksana Transformasi Setanding Universiti Terbaik

oleh Ahmad Albab
14/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melaksanakan pelbagai transformasi bagi menempatkan universiti itu setanding dengan universiti lain di dalam dan luar negara.

Naib canselornya Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata transformasi yang dilaksanakan sejak dua tahun lepas merangkumi pelbagai aspek termasuk menambah baik sistem tadbir urus, pembangunan pelajar, penyelidikan, pembangunan bakat akademik serta pengurusan kewangan universiti.

“Kita menjalankan transformasi secara berperingkat dan berterusan dari semasa ke semasa. Dalam masa dua tahun ini, banyak yang kita capai dari segi penyelidikan.

“Kita juga  menjalankan transformasi kelestarian kewangan yang pada 2025, kita jangka UMT akan mempunyai kewangan sendiri sebanyak 30 peratus dan bergantung kepada kerajaan sebanyak 70 peratus,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian ‘Menghayati 2 Tahun Transformasi UMT’ di Kompleks Siswa, UMT di sini hari ini.

Menurutnya bagi mendapatkan kewangan sendiri, pihaknya bergantung kepada dua sumber iaitu sumber perniagaan universiti dan hasil penyelidikan ahli akademik.

“Pada masa ini, kita ada pendapatan sendiri lebih daripada 10 peratus dan kita akan jangka pendapatan sendiri ini akan bertambah 20 peratus pada tahun 2020 dan menjelang 2025, kita akan ada 30 peratus pendapatan sendiri,” katanya.

Ibrahim berkata transformasi yang dijalankan kini juga selari dengan sasaran universiti berkenaan untuk mendapat tempat antara 10 universiti terbaik dalam negara. – BERNAMA

Tags: UMT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Sokong Penggabungan UniSZA, UMT

07/11/2019
0

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyokong penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)...

Nama Baharu Universiti Diputus Selepas Perkenan Sultan Mizan

14/10/2019
0

KUALA TERENGGANU - Nama baharu universiti hasil penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hanya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd