• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ukraine Jamin Bantu Siasatan Semula Tragedi MH17

oleh Ahmad Albab
10/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pertahan Ukraine, Ihor Kabanenko memberi jaminan akan memberi kerjasama dalam usaha pencarian dan siasatan semula di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Ihor Kabanenko memberi pengesahan itu dalam satu pertemuan dengan beliau di Kiev hari ini.

“Kami berbincang mengenai kerjasama dalam penyiasatan MH17 dan soal pertahanan antara Malaysia dan Ukraine.

“Berdasarkan pertemuan kami, Ihor Kabanenko menegaskan bahawa Ukraine akan menghulurkan bantuan dan kerjasama ke arah operasi carian, pemulihan dan penyiasatan semula di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, kedua-dua mereka turut bersetuju pada dasar pasukan antarabangsa yang terdiri daripada Australia, Belanda dan Malaysia perlu mendapat akses selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.

Tambah beliau, mereka turut mencapai persefahaman untuk bekerjasama bagi memastikan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Hishammuddin yang menerima taklimat Ketua Pusat Perintah Angkatan Tentera Ukraine, Mejar Jeneral Bohdan Bondar bagaimanapun diberitahu lokasi nahas M17 waktu ini tidak menentu dan tidak boleh diakses kerana berada dalam kawasan konflik.

“Saya akan bertemu rakan sejawatan saya Menteri Pertahanan Ukraine, Valeriy Heletey esok,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: MH17Ukraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd