KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengulas tentang majlis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu yang dijangka berlangsung pada Isnin ini.
Beliau sebaliknya meminta semua pihak menghormati adat istiadat serta protokol yang menjadi amalan negeri itu.
“Banyak pihak ternanti-nanti ulasan kepimpinan negeri berhubung jawatan Menteri Besar.
“Kita tetap perlu menghormati adat istiadat serta protokol yang menjadi amalan negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook hari ini.
Justeru, Abdul Khalid memohon maaf kerana tidak dapat memberi sebarang ulasan berhubung jawatan Menteri Besar sehingga pihak istana mengumumkan hal tersebut secara rasmi.
