• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR: Tun Zaki Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Siasatan

oleh AK-47
16/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT (Kelantan) – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi diumum dilantik sebagai Pengerusi Jaawatankuasa Khas untuk menyiasat kes kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), demikian dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat semalam dan Zaki juga telah menyatakan persetujuannya untuk mengetuai jawatankuasa itu.

Menurut Muhyiddin, ada lapan lagi anggota jawatankuasa berkenaan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

“Kita bagi dia (Zaki) terma rujukan tertentu bagaimana dapat memperbaiki operasi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan proses peperiksaan awam dan hal-hal berkaitan proses keselamatan, prosedur biasa yang dipakai yang perlu diperkemaskan.

TunZaki_1

“Kita mengambil kira amalan yang terbaik yang mungkin diamalkan di negara-negara lain,” katanya dalam sidang media selepas meninjau Sekolah Pondok Simpangan di Kampung Simpangan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata jawatankuasa itu akan diberikan tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan siasatan berkenaan.

“Kita bagi tempoh tiga bulan, kita fikir boleh selesai kerana ini bukanlah satu perkara yang terlalu rumit,” katanya.

Muhyiddin hari ini berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor untuk turun padang bertemu dengan pengundi di kawasan itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) yang kini sedang dalam tempoh berkempen.

Pada sebelah pagi Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bertemu kira-kira 1,000 orang pengundi masyarakat Siam di Pengkalan Kubor di kuil Buddha Wat Machimmaram yang turut menempatkan patung Buddha duduk terbesar di Asia Tenggara.

Seramai 1,600 orang pengundi Siam terdapat dalam DUN Pengkalan Kubor di kawasan peti undi Ju Bakar di sini.

Pada majlis berkenaan Muhyiddin turut mengumumkan bantuan RM200,000 untuk program pendidikan bahasa Siam untuk digunakan oleh pelajar-pelajar di kawasan berkenaan.

http://youtu.be/hdmxDHD7zsw

Selepas itu beliau meluangkan masa melawat Sekolah Pondok Simpangan yang diasaskan oleh calon BN Mat Razi Mat Ail, 48.

Simpangan_2

Simpangan_3

Mat Razi bakal ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dalam PRK tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh  : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

 

Tags: PRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Auto Correct’ Yang Menjahanamkan… Epik!

Next Post

Halep Sertai Serena, Sharapova Di WTA Final

Related Posts

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

13/10/2014
0

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

30/09/2014
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur...

Next Post

Halep Sertai Serena, Sharapova Di WTA Final

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd