• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tips Ini Membuatkan Anda Lebih Mudah Melakukan Ibadah Korban

oleh AK-47
28/09/2014
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu depan iaitu pada tarikh 5 Oktober bersamaan 10 Zulhijjah 1435 Hijrah, seluruh umat islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali dengan Raya Haji di Malaysia.

Bagi anda yang tergolong dalam kalangan mereka yang hendak membuat ibadah korban tapi ada saja halangan terutama dari segi kewangan, tips ini boleh membantu anda menyempurnakan hajat anda itu.

(BACA – Pensyarah Koma Dibelasah Kerana Mengendap Pelajar Mandi – KLIK)

Kami bawakan tips mudah hendak melakukan korban yang telah dikongsikan oleh seorang hamba Allah ini.

TIPS MUDAH NAK MELAKUKAN KORBAN

Sempena raya korban ini, saya tak nafikan kita kadang2 ‘liat’ untuk melakukan ibadah korban. Bajet tiba-tiba tak cukuplah. Nak asing wang untuk tusyen anaklah. Tahun lepas dah buat korbanlah. Macam-macamlah alasan yang nafsu ciptakan.

Tadi ketika berbual dengan rakan, dia bertanya soalan serupa, ‘macammana ye ustaz nak cari duit buat korban tahun ni?’

Saya bagi tipsnya, ‘Ini tips yang saya buat. Kan cuti sekolah ni kita ada sediakan bajet nak bawa anak jalan-jalan kan? Apa kata kita slash sikit bajetnya. Dari sewa hotel 3 hari kepada sewa homestay je. Dari jenjalan ke bali kpd jalan2 Pulau Pangkor je. Mesti ada duit lebih untuk korban.’

‘Tapi ustaz, saya dah janji dengan anak nak bawa jalan-jalan.’

‘Ya saya tahu. Saya pun janji sama. Tapi namanya pun ‘korban’ kan? Time ni lah Allah nak tengok kita sanggup ke tidak ‘sembelih’ sikit bajet percutian tu untukNya.

‘Ye tak ye juga kan’.

‘Nabi Ibrahim dulu lagi teruk. Sembelih anak lagi. Kita tak lah disuruh sampai takat tu, sembelih bajet je. InsyaAllah Allah kira usaha kita dan akan ganti dengan bajet yang lebih baik’

‘Dah, pi tipon a.j.k korban masuk nama ‘

Firman Tuhan :

“Daging dan darah binatang korban tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu” (Surah Hajj, 37)

Sumber: Facebook  Ustaz Asraff Ayob

Oleh: hzqahmd

Tags: Aidiladhatips
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 Kepada Asnaf MAIWP

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 Kepada Asnaf MAIWP

30/05/2024
0

Putrajaya : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala...

Sultan Johor Kurnia 100 Lembu Korban Sempena Aidiladha

Sultan Johor Kurnia 100 Lembu Korban Sempena Aidiladha

29/06/2023
0

Johor Bahru : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengurniakan 100 lembu sempena Aidiladha. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri Besar Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd