Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Bangunan Tambahan Hospital Tanah...

TANAH MERAH - Sebahagian daripada blok bangunan tambahan Hospital Tanah Merah yang sedang...

Kelantan Perlu Bantuan Pasca...

KUALA LUMPUR - Dianggarkan lebih RM900 juta diperlukan untuk bantuan banjir di Kelantan...

Keluar Kejap Beli Barang,...

CHINA – Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati rumah mereka telah dirobohkan oleh pemilik...

Duterte Diisytihar Presiden Filipina...

MANILA - Rodrigo Duterte menjadi Presiden Filipina yang ke-16 selepas jawatankuasa Kongres mengisytiharkan...

Tentera AS Ada Tujuan Lain Di Malaysia – Mapim

KUALA LUMPUR -  Amerika Syarikat (AS) mempunyai tujuan yang lebih besar apabila mengadakan latihan pengurusan bencana alam di negara ini, dakwa Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid.

Beliau mendakwa,  operasi ketenteraan AS di seluruh dunia telah menunjukkan negara itu mempunyai agenda untuk memastikan mana-mana negara yang bekerjasama dengannya akan memenuhi kepentingan dasar luar AS.

Justeru, beliau mendakwa Malaysia tidak patut mengadakan kerjasama ketenteraan dengan AS kerana ia mendedahkan Malaysia kepada kemarahan banyak pejuang Islam yang menganggap AS sebagai dalang konflik umat Islam di merata dunia.

“Tentera AS tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam 11 September lalu untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014. Kami (Mapim) berpendirian eksesais antara 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan sepatutnya dibatalkan.

“Keselamatan negara berhadapan risiko apabila tentera AS berada di bumi Malaysia kerana segala maklumat yang diperlukan oleh AS terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia lebih mudah diperolehi dan boleh diakses secara langsung,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Justeru, Mohd. Azmi berpendapat, penjelasan pihak tentera bahawa latihan itu cuma dalam bidang pengurusan bencana alam dan pelaksanaan operasi pengaman PBB tidak meyakinkan.

Mynewshub.my pada 12 September lalu melaporkan Kementerian Pertahanan meminta orang ramai terutama di Terengganu dan Kelantan tidak berasa gusar dengan kehadiran anggota tentera dari United States Army Pacific Command (USARPAC), Hawaii di negeri berkenaan.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam satu menjelaskan, kehadiran anggota AS tentera terbabit semata-mata bagi menjalani latihan bersama dengan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dinamakan sebagai Eksesais Keris Strike Siri 18/14.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori