Bagi melindungi hak wanita daripada teraniaya selepas berkahwin, pernikahan Islam biasanya diselit dengan lafaz taklik oleh pengantin lelaki.
Secara umumnya taklik bererti mengaitkan berlakunya talak apabila berlaku sesuatu perkara atau syarat yang telah dilafazkan suami.
Di Selangor misalnya, lafaz taklik yang biasa diucapkan menyebut bahawa isteri berhak menuntut cerai secara Talak Khuluk di Mahkamah Syariah jika ditinggalkan selama empat bulan berturut-turut secara sengaja hingga memberi mudarat oleh si suami.
Bagaimana pun dalam salinan pada sekeping kertas putih di atas, ia dikatakan 11 lafaz taklik disediakan keluarga seorang pengantin perempuan untuk dilafazkan bakal suami.
Antaranya termasuk jatuh talak satu jika suami meninggalkan rumah tanpa khabar berita selama tiga bulan, memukul, mengambil harta isteri, mempunyai hubungan sulit atau melarikan anak-anak.
Turut digariskan adalah jatuh talak satu jika suami berniat untuk berpoligami, tak bagi isteri hubungi ahli keluarga dan mengembangkan kerjaya.
Bagaimana pun syarat dilihat makin mengarut bila turut menyertakan taklik jatuh talak satu jika suami merokok termasuk secara sorok-sorok atau menghalang isteri melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum berkahwin.
Wah, ikutkan taklik yang biasa pun tak senang-senang talak boleh dijatuhkan termasuk kena kemukakan pada mahkamah syariah dulu tapi yang ini, terus jatuh talak satu macam itu saja walau sebab merokok di belakang isteri atau baru berniat nak poligami?
Benar perceraian dibenarkan dalam Islam tapi harus diingat, ia tetap perkara halal paling dibenci Allah Taala dan mendatangkan implikasi besar dalam kehidupan sesebuah keluarga.
Maka perceraian sepatutnya jadi penyelesaian terakhir sekiranya masih ada jalan untuk penyelesaian, bukan senang-senang dijatuhkan walau suami baru berniat je nak kahwin lain – belum buat lagi.. -MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC