• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Pingat Perak Trio ‘Robin Hood’ Negara Satu Kejayaan

oleh Ahmad Albab
28/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Pencapaian membawa pulang pingat perak oleh trio ‘Robin Hood’ negara di Sukan Asia dianggap pencapaian yang membanggakan, sekali gus meletakkan nama Malaysia dalam senarai pemanah terbaik di peringkat Asia.

Skuad berpasukan recurve lelaki negara gagal menyaingi kehebatan pemanah China pada aksi final acara recurve lelaki berpasukan di Padang Memanah Sukan Asia Gyeyang, di sini hari ini dan terlepas emas yang diidamkan.

Gandingan Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin sekadar berpuas hati dengan perak selepas tewas 0-6 kepada trio China Gu Xuesong, Qi Kaiyao dan Yong Zhiwei.

“Secara keseluruhannya semuanya baik, panahan dan pilihan kami boleh buat seperti biasa sama seperti waktu latihan. Tapi kalau kita tengok tadi, China hampir mendapat mata penuh.

“Ia memang persaingan getir. Kami disasarkan ke separuh akhir saja dan kami berpuas hati mara ke peringkat akhir. Kalau boleh memang kami pun nak dapatkan emas,” kata Khairul Anuar.

Pada perlawanan akhir hari ini, trio negara tewas 54-57, 53-57 dan 57-58 kepada pemanah China.

Dalam pada itu, Haziq melahirkan rasa kecewa apabila gagal mengekalkan prestasi panahannya pada hari ini.

Katanya, pada luarannya, kekuatan trio negara dan China nampak sama, cuma kelebihan kepada pemanah China kerana mereka berjaya mengawal permainan dan kawalan diri yang baik.

“Hajat yang tidak sampai cuma tidak dapat kekal anak panah pergi mana, bukan saya patut tembak ke situ, tapi apa hendak buat semua sudah jadi. Saya harap lepas ini boleh lebih fokus untuk pertandingan-pertandingan yang akan datang,” katanya.

Menurut Haziq, walaupun berjaya bangkit selepas membuat sasaran tercorot enam mata, namun tidak dapat membantu pasukan negara meraih emas dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Pingat gangsa dimenangi trio Korea Ku Bonchan, Lee Seungyun dan Oh Jinhyek yang menewaskan pemanah Jepun Takaharu Furukawa, Hideki Kikuchi dan Shohei Ota. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd