• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Penerjun Chew Yiwei Raih Gangsa

oleh Ahmad Albab
29/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Penyertaan sulung penerjun negara, Chew Yiwei dalam Sukan Asia mencatatkan kenangan manis apabila meraih gangsa dalam acara 10 meter platform berirama lelaki di Pusat Akuatik Munhak Park Tae-hwan hari ini.

Chew Yiwei, yang berpasangan dengan pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Ooi Tze Liang mengumpul 384.90 mata selepas pusingan keenam.

“Saya rasa Sukan Asia amat mencabar, banyak pasukan seperti Korea, Jepun dan China yang sangat kuat. Saya amat gembira apabila berada di atas
podium buat kali pertama.

“Saya melakukan apa yang saya pelajari semasa dilatih dahulu. Selepas Sukan Komanwel, ia seperti suatu keajaiban. Saya berazam untuk berlatih bersungguh-sungguh dan memaksa diri saya untuk berusaha ke tahap maksimum,” kata beliau.

Pasangan China, Zhang Yanquan dan Chen Aisen merangkul emas selepas mengumpul 462.90 mata sementara  penerjun Korea Kim Yeongnam dan Woo Haram menangi gangsa dengan 403.50 mata.

Chew Yiwei mungkin bertanding dalam acara 3 meter papan anjal berirama lelaki jika Ahmad Amsyar Azman tidak dapat beraksi esok.

Penerjun berusia 18 tahun dari Selangor itu akan mengambil bahagian dalam acara 10 meter platform individu lelaki.

“Saya tidak sabar untuk menyertai acara saya selanjutnya,” kata Chew Yiwei, yang kembali semula dalam pasukan kebangsaan selepas Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang.

Di Guangzhou, Tze Liang yang berpasangan dengan Bryan Nickson Lomas meraih pingat perak selepas mengumpul 407.16 points. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd