• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sony Unjur Kerugian RM6.84 Bilion, Impak Persaing Apple & Samsung

oleh AK-47
18/09/2014
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sony mengumumkan ia berkemungkinan rugi AS$2.14 bilion (RM6.84 bilion) pada tahun kewangan semasa berakhir Mac 2015 susulan penurunan ketara dalam perniagaan telefon mudah alih.

Memetik laporan AFP, kerugian yang dijangkan oleh gergasi elektronik Jepun ini adalah empat kali lebih teruk dari unjuran sebelumnya.

Sehubungan itu, Sony berkata syarikatnya akan mengurangkan 15 peratus atau kira-kira 1,000 kakitangan daripada unit pengeluaran telefon pintar serta tidak membayar dividen buat kali pertama sejak sahamnya diniagakan di Bursa Saham Tokyo pada 1958.

Sony turut menurunkan unjuran jualan daripada bahagian pengeluaran telefon pintar yang terus rugi kerana berhadapan saingan sengit daripada pemain utama termasuk Samsung dan Apple.

Apple Inc akan memperkenalkan model terbaharu iPhone 6 dan 6 Plus di Jepun Jumaat ini, sekali gus dijangka terus memberi tekanan ketara kepada jualan rangkaian telefon pintar, Sony Xperia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kazuo Hirai, berkata perniagaan telefon pintar berhadapan perubahan dramatik dalam penampilan produk dan juga ciri yang ditawarkan.

“Persekitaran pasaran berubah dan keadaan menjadi lebih parah,” katanya sambil menambah dengan mengambil kira keadaan semasa, syarikat akan fokus kepada pengeluaran telefon pintar mewah sahaja dan mengurangkan keluaran varian murah kerana saingan dari China.

Sony sebelum ini sudah mengumumkan penamatan khidmat 5,000 kakitangan dalam bahagian pengeluaran televisyen dan komputer.

Penarafan kredit firma itu sudah jatuh kepada tahap ‘sampah’ ketika ia melalui proses penyusunan semula korporat termasuk keluar daripada perniagaan komputer peribadi (PC) dan melupuskan aset termasuk ibu pejabatnya bernilai AS$1.0 bilion (RM3.2 bilion) di Manhattan, New York.

Sony juga menjual ibu pejabatnya di Tokyo, tempat ia beroperasi selama enam dekad. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

Tags: SonyTelefon Pintar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GST Tidak Jejaskan Industri Barang Kemas

Next Post

Oppo R1L Kini Di Malaysia Berharga RM1198

Related Posts

Sony Akan Naikkan Harga PS5, Kecuali Di AS

Sony Akan Naikkan Harga PS5, Kecuali Di AS

25/08/2022
0

TOKYO: PlayStation 5 (PS5) Sony bukan sahaja sukar dicari, mahal harga bakal menjadi lebih mahal apabila pengeluar konsol game popular...

Kanak-Kanak Jepun Dapat Telefon Pintar Seawal Sekolah Rendah

04/05/2022
0

TOKYO – Satu kaji selidik mendapati bahawa kanak-kanak di Jepun sudah mempunyai telefon pintar seawal memasuki sekolah rendah, dengan 51.6...

Next Post

Oppo R1L Kini Di Malaysia Berharga RM1198

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd