• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Takraw Negara Gagal Tamatkan ‘Badi’ Kekalahan

oleh Ahmad Albab
29/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Episod kegelapan terus menghantui skuad sepak takraw negara di temasya Sukan Asia ke-17 apabila regu lelaki dan wanita gagal mengutip mata pada perlawanan pertama antara regu Kumpulan B di Gimnasium Bucheon, dekat sini, hari ini.

Prestasi tidak menentu regu lelaki negara setelah tewas rubber set 21-14, 16-21 dan 10-21 kepada regu Korea Selatan jelas menunjukan bahawa mereka masih berada di takuk lama dan gagal membawa apa-apa perubahan yang mampu menceriakan peminat sukan tradisi masyarakat Melayu itu.

Dibarisi Mohd Zamree Mohd Dahan (apit kanan), Mohd Syazreenqamar Salehan (apit kiri) dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dilihat ‘cepat sejuk’ meskipun berjaya mengutip mata pertama pada set pembukaan.

Nasib yang sama menyelubungi regu wanita negara apabila Nurrashidah Abdul Rashid/Noor Fairuz Azizan/Nor Farhana Ismail menyalahkan keadaan lampu limpah sebagai  punca kekalahan 21-17, 16-21 dan 12-21 kepada regu Jepun.

Ketua jurulatih Jamaluddin Hassan mengakui bahawa regu lelaki gagal persembahkan aksi terbaik dan episod yang sama akan berulang sekiranya layak dan menentang Thailand di separuh akhir kelak.

Selain Malaysia dan Korea Selatan, Kumpulan B terdiri daripada Brunei dan India dan Nepal manakala Thailand, diundi bersama Myanmar, China, Singapura dan Laos dalam Kumpulan A.

“Kami tidak lagi mempunyai pilihan selain memenangi baki tiga perlawanan bertemu Brunei dan India esok dan Nepal pada Rabu ini untuk layak ke separuh akhir.

“Memang kecewa kerana mungkin bertemu Thailand yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kita, sasaran hendak ke final pun saya sukar nak kata apa-apa buat masa sekarang,” katanya.

Kali terakhir sepak takraw antara regu menghadiahkan pingat emas buat negara ialah pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun.

Sementara kapten regu wanita, Noor Fairuz Azizan berkata cahaya lampu stadium yang agak cerah menyebabkan rakan sepasukannya, Nurrashidah Abdul Rashid (apit kanan) gagal membuat rejaman dengan baik.

“Saya juga kecewa apabila gagal membuat servis dengan baik serta banyak membuat kesilapan.

“Kami benar-benar berharap supaya menewaskan Jepun kerana aksi berdepan Korea Selatan dan Thailand lebih sukar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd