• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rizab Malaysia Kekal Boleh Diguna – BNM

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Piawai Penyampaian Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan rizab Malaysia pada akhir Ogos 2014 tetap boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan mengikut format SDDS IMF, butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat mengenai saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain.

Data berkenaan juga menunjukkan aliran masuk dan keluar pertukaran asing yang sudah dianggarkan terlebih dahulu dan aliran masuk dan keluar potensi pada masa hadapan bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS menunjukkan aset rizab rasmi berjumlah AS$132.04 (RM432.6) bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.6 (RM18.3) bilion pada akhir bulan Ogos 2014.

Mengikut BNM, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$1.5 (RM4.9) bilion disebabkan oleh pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh Kerajaan.

“Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak AS$2.69 (RM8.81) bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Jumlah kedudukan hadapan jangka panjang adalah sebanyak AS$1.05 (RM3.44) bilion pada akhir bulan Ogos 2014.

BNM berkata, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$227.8 (RM746.3) juta.

“Rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata bank pusat itu. – BH Online

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sing Sing Coffee Sdn. Bhd. (Sing Sing Coffee) membuat laporan polis serta mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd