• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribuan Penduduk Srinagar Diancam Banjir

oleh Ahmad Albab
08/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRINAGAR – Banjir dahsyat melanda ibu kota wilayah Kashmir India di sini semalam, sekali gus memaksa beratus- ratus penduduk berpindah selepas Perdana Menteri Narendra Modi tiba di wilayah berkenaan untuk melihat sendiri kemusnahan yang berlaku.

Setakat ini, hampir 250 orang terkorban di rantau Himalaya yang berjiran dengan Pakistan itu sejak hujan monsun mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh menyebabkan berpuluh-puluh buah rumah ranap beberapa hari lalu.

Pasukan tentera dan petugas kecemasan lain telah dikerahkan ke kawasan berkenaan bagi membantu operasi memindahkan mangsa banjir yang terperangkap menggunakan bot dan helikopter.

Sungai utama di rantau itu, Sungai Jhelum melimpah dan menenggelamkan beberapa kawasan di sini semalam turut memaksa penduduk naik ke bumbung untuk menyelamatkan diri.

“Saya mahu merayu kepada orang ramai supaya tidak panik,” kata Ketua Menteri Omar Abdullah dalam satu sidang akhbar di sini.

Modi tiba bertemu Omar dan beberapa pegawai agensi kecemasan di samping menilai situasi di Kashmir.

Banjir yang melanda kali ini disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh lima dekad.

Beberapa ribu kampung di seluruh Jammu dan rantau Kahsmir dilanda banjir dengan 350 buah kampung ditenggelami air.

Dalam pada itu, tentera India yang dibantu 22 buah helikopter dan empat pesawat setakat ini berjaya memindahkan seramai 11,000 penduduk ke kawasan selamat. – AFP

 

Tags: BanjirIndia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usaha TH Atasi Jemaah Tersasar Turut Diaplikasi Negara Lain

Next Post

Ritual Merapi Mayat Amalan Di Sulawesi Selatan

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post

Ritual Merapi Mayat Amalan Di Sulawesi Selatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd