• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Resipi Pavlova Yang Vogue Da Vassss

oleh AK-47
26/09/2014
dalam Resepi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pavlova merupakan pencucui mulut popular yang berasal daripada New Zealand dan Australia. Dinamakan sempena penari ballet terkenal Anna Pavlova yang pernah membuat persembahan di kedua-dua buah negara tersebut lewat tahun 1920-an, Pavlova dikatakan begitu menggemari konfeksi itu semasa lawatannya.

Bahan utama untuk membuat pavlova adalah telur putih, yang dipukul dengan kelajuan tinggi bersama campuran gula pasir dan gula aising sehingga gebu dan berkilat, kemudian dibakar dalam suhu rendah di dalam ketuhar.

Hasilnya, biskut putih telur atau ‘meringue’ yang rapuh di luar tapi lembut di dalam ini akan dihidangkan bersama hirisan buah-buahan segar serta krim putar.

Buat pengetahuan pembaca, ‘meringue’ disebut ala-ala ‘mereng’ okay, sebab pavlova ni memang sedap gila nak mamps! Apa kata ‘test power’ dulu dengan resipi mudah di bawah.

Bahan-bahan:

Meringue Pavlova 

6 biji telur ( bahagian putih telur )
1 cawan ( 200gram ) gula castor
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu cuka putih
1 sudu tepung jagung / cornstarch

Bahan hiasan:

Krim putar
Hirisan strawberi,mangga,kiwi atau buahan campuran pilihan anda

Kaedah:

1. Panaskan oven sehingga 250 darjah celcius. Letakkan kertas minyak atau lapik silikon di atasnya.

2. Di dalam mixer, (kelajuan sederhana) , pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga bahan tadi sebati dan menjadi meringue. Pastikan meringue tadi padu dan berkilat.

*Tip:Bagaimana nak tahu gula sudah sebati di dalam meringue tadi? Ambil sesudu meringue dan letakkan di jari anda kemudian rasa menggunakan hujung jari . Pastikan tiada gula yang belum cair atau hancur. Bagaimana nak tahu meringue itu padu? Ambil meringue menggunakan sudu atau spatula, kemudian terbalikkan. Jika meringue tadi tidak jatuh, maka ianya sudahpun padu. Pastikan semasa memukul bahan tadi, bahan tidak terkena air.

3. Kemudian, masukkan esen vanila, cuka dan juga tepung jagung di atas sebatian meringue tadi. Menggunakan senduk, gaul rata bahan tadi perlahan-lahan.

4. Menggunakan spatula, letakkan meringue di atas cooking/cookie sheet tadi dengan berhati-hati mengikut saiz yang anda suka. Pastikanbahagian tengah meringue agak leper,jadi mudah untuk anda meletak krim putar di atasnya nanti apabila nak menghias pavlova anda.

4. Bakar selama 60-75 minit sehingga bahagian luar kering dan agak rapuh dan warna bertukar menjadi putih krim pudar. Tutup ketuhar anda dan biarkan ia sejuk dengan suhu bilik. Bahagian luar meringue akan berasa lembut apabila disentuh atau jika ditekan perlahan-lahan,. Ia akan meretak sedikit kerana ia menyejuk pada suhu bilik tetapi jangan risau, tekstur dalam meringue itu sendiri akan menjadi lembut dan seperti marshmellow apabila dimakan.

5. Hiaskan dengan krim putar dan hirisan buah. Jika buah-buahan yang digunakan sedikit masam, tapiskan sedikit gula aising diatasnya. Mokk aihhh dapnyeee!MYNEWSHUB

Oleh SARA KHALID

Tags: resipiutama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Babak Drama Fail! Pelakon Kantoi Borak Guna Telefon Terbalik

Next Post

53,400 Syarikat Daftar GST Sehingga Semalam

Related Posts

Kes Tampar Suami Di Mall, Isteri Tampil Beri Penjelasan

15/02/2025
0

SEMENJAK semalam, heboh menerusi media sosial dengan satu rakaman memaparkan seorang wanita menampar suaminya yang kantoi curang di sebuah pusat...

4 Resipi Mudah Sedia Untuk Si Kecil Anda

03/09/2017
0

BILA sahaja menjelang musim perayaan, pasangan yang mempunyai anak kecil pasti merasa risau memikirkan menu untuk diberikan kepada si manja...

Next Post

53,400 Syarikat Daftar GST Sehingga Semalam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd