• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK P’kalan Kubor: Semakin Ramai Pengundi Keluar Mengundi

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Sejumlah 27 peratus atau 6,618 daripada 23,929 pengundi biasa keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sehingga 10 pagi ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Cuaca cerah pagi ini membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka seawal 8 pagi di 11 pusat mengundi.

Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan di sini pada 8.40 pagi manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong pukul 8.10 pagi.

Calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary tidak mengundi kerana bukan pengundi berdaftar di DUN Pengkalan Kubor.

Tinjauan Bernama mendapati pengundi warga emas turut dibantu petugas SPR dengan kerusi roda untuk masuk ke pusat pengundian.

Peraih undi kedua-dua calon juga kelihatan berada 50 meter dari pusat pengundian.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suasana pengundian di kesemua 11 pusat mengundi berjalan lancar.

Beliau berkata pengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana keadaan keselamatan adalah terkawal.

Pihaknya menambah anggota di beberapa kawasan panas sekitar Pengkalan Kubor bagi mengawal keadaan, katanya.

Beliau meminta orang ramai mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan terutama di kawasan pusat mengundi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, Wan Rosdi dan Izat Bukhary.

PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU ke-13 pada tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

13/10/2014
0

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

30/09/2014
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd