• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Pelbagai Dadah Jenis Bernilai RM25,000

oleh Ahmad Albab
19/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah dipercayai jenis ketamin, ganja dan ecstasy seberat hampir 500 gram bernilai RM25,000 dalam dua serbuan di lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata sepasukan polis menyerbu sebuah apartment di Jalan Kepayan-Kobusak dan menahan suspek berumur 29 tahun yang dipercayai pengedar dan positif dadah jenis ketamin, pada 3.30 petang semalam.

“Polis menemui enam plastik lutsinar bahan jernih dadah jenis ketamin seberat 300 gram dan 100 biji pil ecstasy seberat 26 gram di apartment tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menemui dua plastik lutsinar mengandungi tumbuhan kering disyaki ganja seberat 101gram dalam serbuan seterusnya di apartment berdekatan.

Chandra berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan merampas 59 gram dadah jenis ketamin di sebuah rumah di Taman Ria, Jalan Lintas-Luyang pada awal pagi tadi.

“Lelaki berkenaan juga positif dadah jenis ketamin dan kita masih menyiasat kemungkinan kedua-dua suspek mempunyai kaitan dalam pengedaran dadah ini,” katanya.

Menurutnya, antara aset suspek yang dirampas ialah sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah Perodua Kancil, pelbagai jenis mata wang asing seperti Taiwan, Singapura, Hong Kong, Thailand dan China, seutas rantai emas, tiga bentuk cincin emas, jam tangan dan wang tunai RM2,580. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Lihat Bagaimana Rakyat Thailand Hormat Lagu Kebangsaan

Next Post

Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Mengamuk Di Alor Setar

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Mengamuk Di Alor Setar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd