• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilih Pihak Yang Mengajak Perpaduan – Ustaz Kazim Elias

oleh AK-47
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT (Kelantan) – Menjelang pukul 12 tengah malam tadi, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Pendakwah Ustaz Mohamad Kazim Elias menyeru pengundi di DUN itu agar memilih pihak yang sentiasa mengajak ke arah perpaduan.

Menurut beliau, elakkan memilih pihak yang suka membuat fitnah, memaki orang lain dan juga kerap menolak apabila diajak untuk bersatu padu.

“Saya ini penceramah, hanya datang untuk berceramah. Jika saya tinggalkan tuan-tuan di Pengkalan Kubor dalam keadaan bergaduh selepas mendengar ceramah saya, saya ini jahat tuan-tuan, saya tak nak tanggung dosa.

“Oleh itu, esok tuan-tuan pilihlah mereka yang mengajak kepada perpaduan, pilihlah mereka yang sering mengajak orang lain bersatu,” katanya dalam ceramah perdana di Sekolah Kebangsaan Bunohan, di DUN Pengkalan Kubor.

Ceramah Ustaz Kazim malam tadi merupakan ceramahnya kali kedua selepas kali pertama hadir dalam satu forum bertajuk Malaysia Negara Islam? di Sekolah Menengah Kebangsaan Geting minggu lepas.

DSC_8276 DSC_8336 DSC_8369 DSC_8371

Kali kedua di sini, Ustaz Kazim memilih tajuk ‘Menuju Perpaduan Ummah’ dalam ceramahnya.

Sepanjang ceramah, beliau turut menyelar pihak yang sentiasa mahu berpolitik tanpa kenal erti berhenti sedangkan musim pilihan raya sudah pun tamat.

Menurut beliau, selepas selesai pilihan raya eloklah wakil dari parti yang menang berhenti daripada berpolitik sebaliknya meneruskan agenda atau janji mereka untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

Selain ceramah, sebelum itu pengunjung menunaikan solat fardhu Isyak serta solat sunat hajat secara berjemaah bagi memohon urusan mengundi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

DSC_8178

Esok, seramai 23,929 orang pengundi di DUN Pengkalan Kubor akan keluar mengundi bagi menentukan wakil pengganti kepada penyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

PRK DUN Pengkalan Kubor bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

 

Tags: KelantanPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd