Bayangkan jika anda sedang melutut bersebelahan dengan keranda jenazah bapa, meratapi pemergian lelaki paing bermakna dalam hidup anda— dan tak semena-mena klimaks di tempat kejadian.
Haru,bukan?
Itulah yang yang dihadapi oleh lelaki UK, Dale Decker, yang berkebolehan untuk mengalami kepuasan seksual tanpa memerlukan rangsangan.
(VIDEO: Pergaduhan Anggota DBKL Dan Peniaga, Sampai Tercabut Tudung…KLIK)
Malah, pada hari tipikal, dia berupaya untuk mencapai klimaks hampir 100 kali. Wow!
Mungkin pada sesetengah orang kondisi medikal ini adalah satu ‘rahmat’, namun pada Decker, ia adalah sebaliknya.
Penyakit ‘rare’ Sindrom Rangsangan Alat Kelamin Berterusan yang dihidapinya sejak September 2011 selepas kecederaan pinggul, ternyata menyusahkan hidupnya.
Kata lelaki berusia 37 tahun itu,
“Insiden orgasm sambil disaksikan oleh semua hadirin termasuk sanak saudara membuatkan seseorang tidak mahu klimaks lagi seumur hidup.”
Tambahnya lagi,”Tiada apa yang syok pun kerana walaupun puas secara fizikal, saya rasa begitu malu dengan penyakit ini.”
Oleh Sara Khalid
ÂÂ