• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundian Awal PRK DUN P’kalan Kubor Bermula Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang melibatkan 109 anggota polis berlangsung di satu saluran di Dewan Delima Ibu Pejabat polis Daerah Tumpat di sini, bermula 8 pagi hingga 3 petang, pada Ahad.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pengundian awal itu dibuat lima hari lebih awal dan proses pengundian itu adalah mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan petugas SPR.

Daftar pemilih yang digunakan untuk PRK itu adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama Tahun 2014 yang telah dikemas kini sehingga 20 Ogos lepas.

DUN Pengkalan Kubor mempunyai sebanyak 24,039 pemilih berdaftar, terdiri daripada 23,929 orang pengundi biasa, 109 orang pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional(BN) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

PRK DUN itu pada Khamis ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Tiba Di NY Untuk Hadiri Perhimpunan Agung PBB

Next Post

Hatrik Ronaldo Bantu Real Berpesta Gol Benam Deportivo

Related Posts

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

13/10/2014
0

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

30/09/2014
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur...

Next Post

Hatrik Ronaldo Bantu Real Berpesta Gol Benam Deportivo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd