• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Tertua Teruja Tunai Tanggungjawab

oleh Ahmad Albab
26/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Seorang pengundi warga emas yang berusia 105 tahun sanggup bersiap seawal 8 pagi semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, hari ini.

Ketika ditemui pemberita, Eh Puang a/l Chau Chan yang merupakan pengundi keturunan Siam berkata keterujaan untuk menjalankan tanggungjawab menyebabkan beliau bangun awal untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Neting di sini.

“Saya teruja dapat melaksanakan tugas kepada negara dan saya bersiap awal untuk keluar mengundi, ini merupakan satu penghormatan serta penghargaan buat saya untuk terus membantu negara,” katanya.

Eh Puang yang telah mengundi sebanyak 14 kali iaitu pada pilihan raya umum (PRU) termasuk PRK hari ini, kelihatan sihat dan bersemangat ketika hadir di pusat pengundian itu bersama isterinya Mek Kepin a/p Chau Weet, 84.

Pasangan berkenaan tiba di pusat pengundian pada 9.20 pagi dan selesai mengundi kira-kira 20 minit kemudian.

PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU Umum ke-13 pada tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

13/10/2014
0

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

30/09/2014
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd