• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengkalan Kubor: Mat Razi Lepas Pengkayak Solo

oleh Ahmad Albab
20/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Di tengah-tengah kesibukan berkempen, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail masih sempat melepaskan pengkayak solo untuk meneruskan misinya.

Mat Razi mengganggap Nadzeri Mustaffa dari Shah Alam, Selangor mempunyai semangat kuat yang menunjukkan rakyat Malaysia juga mampu berkayak.

Nadzeri, 50, seorang peniaga, dalam misi berkayak mengelilingi Semenanjung dari Kelantan ke Perlis sejauh 2,000 kilometer dalam tempoh 70 hari.

Ekspedisi Dayungan 1Malaysia Untuk Gaza itu dilakukan bagi menunjukkan bantahan beliau terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, katanya.

“Ia juga sempena sambutan kemerdekaan negara ke-57 dan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept lalu,” katanya kepada pemberita di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Geting di sini hari ini.

Nadzeri yang meminati kayak sejak 1984 berkata beliau hanya berkayak pada sebelah siang kerana berkayak secara solo pada waktu malam lebih berisiko.

“Saya menjangka akan tiba di Pengkalan Asam, Kangar, Perlis pada 28 Nov tetapi sekiranya cuaca baik, mungkin saya sampai lebih awal,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Mat Razi yang melepaskan misi beliau.
“Saya secara peribadi tidak mengenali Mat Razi. Tetapi apa yang saya lihat beliau adalah calon yang sesuai untuk memajukan lagi Pengkalan Kubor, Oleh itu berilah sokongan kepadanya (Mat Razi)” katanya. – BERNAMA

Tags: PRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

13/10/2014
0

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

30/09/2014
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd