• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Hubungi Pengundi Muda Untuk Pulang Mengundi

oleh Ahmad Albab
16/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pergerakan Pemuda Umno sedang berusaha menghubungi pengundi muda berdaftar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 25 Sept ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pemuda Umno telah menerima senarai pengundi muda yang berada di luar Kelantan.

“Kita akan hubungi mereka untuk balik mengundi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Peralatan Sukan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sukan Daerah Tumpat di sini hari ini.

Beliau juga mengingatkan Pemuda Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengambil mudah gerak kerja sepanjang kempen PRK DUN Pengkalan Kubor berlangsung.

Katanya mereka perlu mengekalkan momentum kerja bagi menarik minat pengundi untuk menyokong BN.

Beliau berkata, setakat ini menerusi program dan lawatan yang diadakannya, Pemuda mendapati anak-anak muda kawasan itu menerima calon BN. PRK itu diadakan berikutan kematian Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept sebagai hari pengundian.

PRK itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd