KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berharap Selasa ini akan menjadi penamat kepada krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang telah berlanjutan terlalu lama.
Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, semua parti komponen pakatan pembangkang perlu kembali merapatkan kerjasama selepas majlis angkat sumpah jawatan itu pada hari tersebut selesai.
BACA – PEMUDA DAKWA PAK IMAM BUAT ORAL SEKS
Beliau mengakui isu jawatan Menteri Besar Selangor mencalar imej pakatan pembangkang dan ia perlu diperbaiki segera selepas Menteri Besar Selangor dilantik Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Mudah-mudahan selasa ini adalah penamat kepada krisis MB Selangor. Kembali rapatkan saf. Masa untuk meningkatkan kembali imej kita yang sedikit tercalar melalui isu ini….,†katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media Semalam melaporkan, Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini sekali gus menamatkan kemelut yang berlarutan lebih sebulan lalu.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dipetik mengesahkan perkara itu dan menyatakan majlis akan bermula pada pukul 10 pagi.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama calon Menteri Besar baharu itu, tetapi mengesahkan Sultan Selangor telah membuat keputusan.
Namun, terdapat desas-desus menyebut Menteri Selangor baharu berkemungkinan besar bukan daripada Parti Keadilan Rakyat sebaliknya PAS yang dilihat lebih mampu mentadbir Selangor dengan baik. – mynewshub.cc