• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Didesak Jangan Kelirukan Rakyat Dengan GST

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Parti pembangkang didesak lebih rasional dan menghentikan tohmahan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) ke atas bahan api agar tidak mengelirukan pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengenakan GST ke atas bahan api terbabit.

“Perkara ini sudah banyak kali kita jelaskan. Mengapa pihak pembangkang masih cuba memainkan isu itu,” katanya kepada pemberita pada Program Rangsang Minda di sini, hari ini.

Katanya kenapa pembangkang hanya memberi tumpuan kepada perkara itu semata-mata sedangkan banyak barang yang telah diturunkan kadar cukainya termasuk pakaian dan barangan elektrik.

“Kenapa mereka hanya melihat GST dari satu sudut sahaja. Kenapa tidak sebut contoh-contoh barangan yang diturunkan kadar cukainya,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan GST petroleum yang dimainkan pihak pembangkang dalam beberapa ceramah yang diadakan dalam tempoh berkempen PRK ini.

Dalam program sama, Ahmad turut mengumumkan bantuan RM15,000 kepada Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong di sini bagi pembinaan garaj basikal yang akan dimanfaatkan hampir 500 pelajar sekolah terbabit.

Terdahulu, beliau berkunjung ke 15 buah rumah penduduk Kampung Bendang Pak Yong bersama-sama lima pegawai kesihatan daripada My Aid Malaysia bagi memberikan rawatan percuma.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

PRK DUN itu pada Khamis ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: GSTpakatan rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kertas Matematik & Tamil UPSR Bocor: Duduki Semula Ujian 9 Okt

Next Post

Lim Enggan Komen Khabar Angin Azmin Dipilih MB S’gor

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Lim Enggan Komen Khabar Angin Azmin Dipilih MB S'gor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd