• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kutuk Poster Ceramah Palsu PasMa

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGKALAN KUBOR – PAS mengutuk poster ceramah kononnya anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang digunakan sebagai bahan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, PAS tidak pernah menjemput PasMa atau mana-mana anggotanya mengadakan program atau ceramah di kawasan pilihan raya itu.

“Hari-hari terakhir kempen, poster yang berniat jahat terhadap PAS cuba memberi satu gambaran tidak baik kepada PAS dan pimpinan PAS.

“Kita dapati dalam kawasan pilihan raya ‘banner’ sengaja dilekatkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan pimpinan parti yang disebut sebagai ceramah perdana PasMa,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Menurut Mohd Zaki, setakat ini dua ‘banner’ telah dikesan oleh pemantau PAS dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertindak menurunkan kedua-duanya.

Salah satu daripada ‘banner’ tersebut diletakkan di luar kawasan pilihan raya iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Baru.

Katanya, selain ‘banner’ berniat jahat tersebut, terdapat juga mesej yang disebarkan melalui aplikasi WatsApp kononnya PAS menawarkan program mengisi minyak percuma kepada penduduk di sini.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran itu berkata, beliau percaya perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang digelar sebagai ‘musuh politik’ PAS.

Katanya, tindakan menyebarkan bahan kempen berniat jahat itu juga menunjukkan pihak lawan sudah terdesak ketika saat-saat akhir berkempen.

PasMa ditubuhkan disebabkan sikap dan pendirian PAS yang tidak jelas ketika berhadapan krisis berpanjangan berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Dipelopori pemimpin dan ahli PAS, Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi menegaskan tidak berhasrat untuk mengubah haluan PasMa menjadi parti politik. – The Star Online

Tags: PASPASMA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua VAT69 Cadangkan Pemantauan Udara

Next Post

Shahrizat Turun Padang, Pelakon Zarina Zainuddin Pun Ada!!

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Shahrizat Turun Padang, Pelakon Zarina Zainuddin Pun Ada!!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd