• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akui Sukar Berdakwah Di S’gor Jika Kemelut MB Berlarutan

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa melahirkan kebimbangan parti itu bakal berdepan kesukaran menyebarkan dakwahnya di Selangor jika kemelut jawatan Menteri Besar negeri berkenaan berlarutan sehingga memaksa pilihan raya negeri diadakan.

Husam berkata beliau bimbang penyebaran dakwah di Selangor tidak dapat diteruskan jika kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kerusi di negeri itu.

“Apa jadi kalau kemelut tidak berkesudahan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor terbubar? Adakah PAS pada masa itu boleh menanggung beban? Adakah kita mampu mengekalkan 15 kerusi, menambah atau kerusi akan berkurangan.

“Sekarang ini, sembilan kerusi kita menang dengan tipis, kita bimbang takut-takut hilang kerusi itu. Kalau kita kehilangan kerajaan Selangor, maka kita akan kehilangan dakwah dan bukannya pangkat,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja pada Sabtu.

Oleh itu, beliau berkata kemelut berhubung isu Menteri Besar Selangor amat penting untuk diselesaikan demi menjaga hati dan harapan pengundi di negeri berkenaan yang menyokong PAS selama ini.

Seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula meminta seluruh anggota parti tidak terlalu memikirkan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggi parti untuk diselesaikan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menggunakan medium yang betul untuk membuat sebarang teguran, termasuk kepimpinan tertinggi PAS, kerana langkah itu bukan sahaja dapat memelihara parti malah memperkukuh ukhwah dalam kalangan anggota parti berkenaan.

“Apa yang kita alami pada hari ini bukanlah perkara baharu. Kita mungkin berniat baik tetapi gunalah saluran yang betul,” katanya sambil menambah PAS juga perlu mempergiat program tidak formal bagi menjalin ukhwah dalam kalangan anggota parti.

Sementara itu, Salahudin Ayub, yang juga Naib Presiden PAS, meminta semua anggota parti tidak lagi memfitnah atau memperlekeh Datuk Seri Abdul Hadi Awang seiring kematangan parti yang mencecah usia 60 tahun. – BERNAMA

 

Tags: Krisis MB SelangorPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gaji Minimum: Pekerja Layak Buat Aduan

Next Post

Osama Yamani Mahu Ikut Jejak Jamal Abdillah

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Osama Yamani Mahu Ikut Jejak Jamal Abdillah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd