• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norman Akan Eksport Lebih Banyak Filem Animasi

oleh AK-47
13/09/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS pelancaran filem animasi “Ribbit” yang diarahkan oleh pengarah antarabangsa, Chuck Powers pada 4 September lalu, Penerbit Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim meletak harapan agar filem tersebut menjadi perintis kepada era baru filem animasi di Malaysia.

Memetik laporan portal tupai.com.my, Norman berkata selepas ‘Ribbit’ , produksinya bakal menerbitkan filem animasi “KL Taxi” selain bekerjasama dengan Les’ Copaque Production untuk menghasilkan filem “Upin Ipin Jeng Jeng Jeng”.

Bukan itu saja, produksinya merancang untuk menerbitkan ‘Ribbit’ bagi siri televisyen dan berharap agar ia dapat ditayangkan pada tahun hadapan.

ribbit2

Katanya, dia mahu menghasilkan lebih banyak filem animasi untuk pasaran antarabangsa pada masa akan datang.

“Sasaran utama saya adalah untuk mencuba filem bercorak animasi, lebih-lebih lagi untuk eksport filem di peringkat antarabangsa. Di peringkat tempatan, kami akan menawarkan isi kandungan yang berbeza. Ia adalah dua pasaran yang berbeza. Fokus kami untuk peringkat antarabangsa semestinya adalah animasi.

“Walaupun kami pernah menghasilkan filem “Vikingdom” dan kesan visual live action sebelum ini, kami merasakan kepakaran kami terletak pada animasi dan ia juga berkaitan dengan bajet,” ujar Norman kepada Tupai.

vikingdom1

Menurut Norman, filem live action menelan belanja yang tinggi berbanding animasi. Norman memberitahu filem animasi masih boleh dihasilkan dengan kos yang lebih rendah dan tidak mengambil tempoh masa yang lama untuk siap.

“Apabila menghasilkan filem live action, kami perlu mengambil pelakon antarabangsa popular dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan keuntungan dan ia memakan kos yang banyak kerana bayaran mereka yang tinggi iaitu antara AS$5 juta hingga AS$20 juta. Kami tidak mempunyai duit sebanyak itu.

“Namun untuk filem animasi, jika anda mempunyai AS$500 sekali pun, anda boleh mendapat produksi lengkap dan menarik minat nama-nama besar dalam industri. Anda hanya perlu ke Los Angeles untuk rakaman suara mereka dan ia selalunya mengambil masa tiga hingga empat hari sahaja,” katanya lagi.

Jika animasi “Ribbit”  lebih kepada kanak-kanak, “KL Taxi” pula untuk kumpulan berbeza. Ia berkaitan dengan automatif dan kenderaan tetapi di Kuala Lumpur.

“Terdapat banyak babak kejar-mengejar dan sebagainya,” jelas Norman. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

Tags: ANIMASIKRURIBBIT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beri Sokongan Penuh Untuk Calon BN Pengkalan Kubor

Next Post

Teko Yang Dibuat Daripada Coklat, Tak Cair Kena Air Panas

Related Posts

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

26/11/2023
0

ATHENS: Sebuah kapal kargo dengan bendera Comoros serta membawa 14 orang, dilaporkan karam di pesisir Pulau Lesbos ketika angin kencang...

Kapal Hong Kong Terbelah Dua, 27 Kru Masih Hilang

Kapal Hong Kong Terbelah Dua, 27 Kru Masih Hilang

03/07/2022
0

HONG KONG – Pihak berkuasa penyelamat Hong Kong meneruskan pencarian 27 kru kapal kejuruteraan yang karam di Laut China Selatan...

Next Post

Teko Yang Dibuat Daripada Coklat, Tak Cair Kena Air Panas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd