• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Sumbang Pingat Emas Kedua Negara

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern untuk mempertahankan gelarannya dan menyumbang pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Asia ke-17 di Pusat Skuasy Yeorumul di sini hari ini.

Ia juga merupakan pingat emas kelima Nicol sejak penyertaannya dalam Sukan Asia.

Nicol mengalahkan Wee Wern dengan mata 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10 dalam masa 53 minit.

“Ia memang hebat dan saya tidak percaya saya sudah menang kerana permainan itu sangat panjang dan menarik selain bermain dengan rakan sepasukan. Anda akan merasai begitu dan ia akan berterusan untuk masa yang agak lama.

“Saya amat gembira kerana menang dan untuk mendapat pingat emas dan perak buat Malaysia. Ia satu permainan dan acara yang hebat untuk Malaysia,” katanya kepada pemberita.

Wee Wern menguasai set pertama selepas mendahului Nicol sehingga memungut mata 11-9 sebelum Nicol, 31, menguasai set kedua dan ketiga dengan 11-6 dan 11-5.

“Sesiapapun yang bertemu saya, mereka akan relaks dan terus dengan permainan mereka. Dia juga melakukan begitu dan permainannya agak baik dalam set pertama,” katanya.

Nicol kini merupakan atlet Malaysia paling berjaya dalam sejarah Sukan Asia.

Beliau memenangi lima pingat emas, berkongsi penghormatan itu dengan Tan Sri Dr M. Jegathesan (olahraga), Ng Boon Bee (badminton) dan Shalin Zulkifli (boling)

Nicol memenangi pingat emas pertama perseorangan di Bangkok pada 1998, namun gagal mempertahankannya pada 2002 di Busan apabila kalah kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong dalam perlawanan akhir.

Namun beliau menang di Sukan Asia di Doha pada 2006 dan Guangzhou pada tahun 2010.

Pingat emasnya yang lain dikutip dalam acara berpasukan, yang diperkenalkan buat pertama kali di Guangzhou.

Sementara itu, Wee Wern berkata beliau sentiasa menghadapi kesukaran untuk menumpaskan Nicol.

“Permainan saya sangat baik namun Nicol seorang pemain yang lebih hebat di peringkat akhir perlawanan,” katanya.

Nicol dan Wee Wern akan menyertai acara berpasukan pada Rabu bersama dengan Delia Arnold dan Vanessa Raj. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hadi Mahu Azmin Laksana Amanah Rakyat

Next Post

Pemberontak Syiah Kuasai Sanaa, Buru Pejuang Sunni

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

Next Post

Pemberontak Syiah Kuasai Sanaa, Buru Pejuang Sunni

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd