• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Ajak Guru Di Pengkalan Kubor Sokong Mat Razi

oleh AK-47
19/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT (Kelantan) – Pemilihan seorang bekas guru, Mat Razi Mat Ail, 48, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah satu penghormatan diberikan kerajaan kepada kerjaya perguruan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada mulanya beliau tidak menjangka bahawa ada kakitangan dari kementerian beliau iaitu Kementerian Pendidikan akan dipilih, tetapi setelah diputuskan beliau yakin calon BN yang dipilih itu tepat dan sesuai.

Beliau hari ini hadir ke DUN Pegkalan Kubor dan mengadakan satu program dengan guru-guru di kawasan Tumpat itu Dewan Besar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berasakan bahawa calon, Mat Razi tidak lagi perlu diperkenalkan kerana pertemuan dengan guru-guru merupakan pertemuan dengan pendokong ilmu dan pastinya mereka mengenali Mat Razi.

“Kebetulan, saya tidak jangka bahawa bila ada PRK Pengkalan Kubor seorang warga pendidik ataupun pegawai dari Kementerian Pendidikan akan menjadi calonnya.

“Apabila diputuskan oleh pucuk pimpinan parti khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, saya terasa inilah orang yang paling sesuai, tepat.

“Dalam pertemuan dengan warga pendidik, saya berasa inilah pendokong-pendokong dan tidak perlu saya rayu untuk minta menyokong,” katanya ketika berucap pada pertemuan itu.

Muhyiddin berkata apabila penilaian dilakukan daripada tokoh-tokoh, pihak parti memikirkan Mat Razi sesuai.

“Beliau (Mat Razi) adalah seorang yang mempunyai latarbelakang yang cemerlang, kelulusan tinggi, banyak pengalaman dalam perjawatan, pernah berkhidmat dalam Kementerian Pendidikan sebagai guru biasa ke peringkat pegawai.

“Calon juga banyak terlibat dengan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, keagamaan dan sebagainya.. merupakan seorang tokoh yang boleh dikatakan seimbang dari segi pencapaian yang dirasakan sesuai untuk diletakkan sebagai calon,” katanya.

Beliau kemudiannya memohon jasa baik dari para guru dalam pertemuan itu untuk menyokong calon BN iaitu Mat Razi pada hari mengundi PRK itu nanti pada 25 September ini.

Mat Razi akan berhadapan cabaran daripada dua calon lagi iaitu dari PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary pada PRK itu.

http://youtu.be/KGllXput7Yk

Penyandang kerusi DUN itu sebelum ini ialah Datuk Noor Zahidi Omar tetapi beliau meninggal dunia pada 20 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Tags: PRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Terpengaruh Cerita Keluar Malaysia – Shafie

Next Post

Ceramah Perdana BN Buktikan Penipuan PAS Melalui Video

Related Posts

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

13/10/2014
0

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

30/09/2014
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur...

Next Post

Ceramah Perdana BN Buktikan Penipuan PAS Melalui Video

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd