• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Selepas Laporan Risikan, Kumpul Bukti Fizikal

oleh Sifulan
06/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas menerima laporan risikan “agak konklusif”, Malaysia dan pasukan penyiasatan antarabangsa kini berusaha untuk mengumpulkan bukti fizikal berkaitan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi tujuan itu, pasukan berkenaan mahu memasuki semula kawasan nahas di timur Ukraine sebelum musim sejuk.

“Untuk pengetahuan anda, kami sedang berusaha sebaik mungkin. Kami telah menerima laporan risikan berhubung apa yang telah berlaku terhadap Penerbangan MH17 dan laporan itu sebenarnya agak konklusif.

“Apa yang akan kami lakukan seterusnya adalah untuk mengumpulkan bukti fizikal, bukti yang kami boleh kemukakan di mahkamah bila tiba masanya supaya ia dapat dibuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan ini perlu dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Najib berkata demikian pada sesi soal jawab dalam sidang media bersama-sama  Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari Abbott di Malaysia, di sini hari ini.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dikatakan ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Najib berkata Malaysia bersama-sama rakan antarabangsa seperti Australia dan Belanda memerlukan sekurang-kurangnya lima minggu untuk memeriksa keseluruhan kawasan nahas yang agak luas, bukan sahaja untuk mencari cebisan mayat tetapi juga untuk mengumpulkan bukti fizikal.

Sebaik sahaja proses mengumpulkan bukti fizikal selesai, Najib berkata peringkat seterusnya adalah untuk meneliti dari sudut jenayah bagi mencari siapa yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam itu.

“Saya melihat ini sebagai amat mencabar kerana untuk mendapatkan bukti di kawasan konflik bakal berdepan pelbagai masalah serius tetapi kami bertekad untuk mencari kebenarannya dan membawa siapa yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam kenyataannya pada sidang media itu, Najib berkata Malaysia mendesak penyiasatan peringkat antarabangsa terhadap nahas itu dijalankan secara menyeluruh, bebas dan telus,  mengikut konvensyen antarabangsa dengan objektif untuk menegakkan keadilan.

Najib berkata beliau dan Abbott bertekad untuk meningkatkan usaha dan terus bekerjasama rapat dengan rakan antarabangsa yang lain bagi memastikan baki mayat mangsa dapat diserahkan kepada anggota keluarga secepat mungkin.

Beliau turut memaklumkan kepada Abbott tentang betapa pentingnya bagi Malaysia dan Australia untuk terus bekerjasama dalam proses susulan untuk mencari baki mayat mangsa MH17, proses siasatan nahas udara itu serta memastikan penyiasatan dari sudut jenayah dilaksanakan.

Najib berkata Malaysia merakamkan rasa simpati dan takziah kepada waris, saudara mara dan rakan kepada 27 warga Australia yang terkorban dalam nahas itu.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami turut dapat merasai kesedihan dan kepiluan yang dirasai mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH17Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH370 Dan MH17: Najib Rakam Penghargaan Komitmen Australia

Next Post

Bomba P.Pinang Ambil Masa Sejam Pindahkan Pesakit 280Kg

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Bomba P.Pinang Ambil Masa Sejam Pindahkan Pesakit 280Kg

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd