• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Nahas Sah Akibat Serangan Peluru Berpandu!

oleh Sifulan
10/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

THE HAGUE – Pakar Belanda berkata, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pecah di udara selepas ditembusi oleh “beberapa objek pada kelajuan tinggi”.

Laporan awal siasatan membabitkan nahas itu yang dikendalikan Lembaga Keselamatan Belanda berkata, “tiada bukti teknikal atau kesilapan manusia”.

Kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat itu terkorban apabila pesawat berkenaan terhempas dilaporkan dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Russia.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di timur Ukraine.

Hasil laporan itu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kotak hitam pesawat yang mengandungi data rakaman, kawalan trafik udara, imej satelit dan gambar dari tempat nahas untuk melengkapkan laporan berkenaan.

Mereka berkata, pesawat itu “kemungkinan pesawat itu pecah di udara akibat daripada kerosakan struktur disebabkan oleh beberapa objek berkelajuan tinggi yang menembusi pesawat berkenaan dari luar.”

Rakaman suara kokpit mendedahkan tiada tanda mengenai sebarang kesilapan teknikal atau situasi kecemasan, kata pakar penyiasat.

Pesawat Boeing 777 itu terhempas antara Krasni Luch di wilayah Luhansk dan Shakhtarsk, Donetsk pada 17 Julai lalu.

Kerajaan Ukraine dan beberapa pemimpin negara Barat berkata, terdapat bukti kukuh bahawa pemberontak pro-Russia yang menembak jatuh pesawat komersial berkenaan dengan sistem anti-pesawat dikenali sebagai BUK.

Bagaimanapun, pihak Russia menyangkal dakwaan bahawa mereka membekalkan sebarang senjata atau peluru berpandu kepada pemberontak itu.

Pakar dari United Kingdom, Australia, Malaysia Amerika Syarikat, Ukraine dan Russia bekerjasama menyiasat nahas berkenaan.

Lembaga Keselamatan Belanda berkata, laporan akhir berkaitan nahas MH17 dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun. – Berita Harian

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nik Amlizan Dilantik Ketua Pegawai Pelaburan KWAP

Next Post

Ukraine Jamin Bantu Siasatan Semula Tragedi MH17

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Ukraine Jamin Bantu Siasatan Semula Tragedi MH17

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd