• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meizu Melancarkan MX4 Dengan Kamera 20.7 Megapixel

oleh AK-47
12/09/2014
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pelbagai pengeluar telefon pintar dari China, Meizu merupakan salah satu yang popular dan ia merupakan antara pengeluar terawal yang bakal menawarkan telefon berasaskan Ubuntu.

Terkini, mereka turut hadir dengan sebuah telefon baru, dinamakan sebagai Meizu MX4.

Meizu MX4 mengabungkan teknologi skrin paparan di antara yang pertama dalam industri telefon pintar dengan menggabungkan 3 ciri utama, iaitu ‘1100:1 contrast’, ‘500cd/m2 brightness’ dan ‘85% NTSC color gamut’.

Meizu MX4 mengabungkan teknologi daripada pelbagai jenama terkemuka, termasuk daripada pihak Sony dan juga Sharp.

Ia menggunakan skrin paparan daripada Sharp pada saiz 5.36-inci dengan paparan HD penuh. Disamping itu, ia turut dijana menggunakan cip lapan teras Mediatek MTK6595, serta dilengkapi dengan bateri 3100mAh.

mei1

Dari segi kamera pula, MX4 dilenkapi kamera 20.7 Megapixel daripada Sony yang turut boleh merakamkan video 4K.

Untuk kamera hadapan ia menggunakan kamera 2-megapixel dan apa yang menariknya disini ialah, lensa kamera ini turut hadir dengan perlindungan Gorilla Glass 3 sama seperti yang terdapat pada skrin paparannya.

MX4 menyokong rangkaian Cat.4 LTE, 3G dengan HSPA, dual-band Wi-Fi, Bluetooth 4.0, dan Android 4.4 KitKat dengan UI Meizu Flyme OS 4.0.

MX4 akan ditawarkan didalam tiga versi yang mempunyai kapasiti memori simpanan dalaman yang berbeza iaitu 16GB, 32GB, 64GB dan kesemua model ini hadir dengan bateri berkapasiti 3,100mAh daripada Sony.

mei2

Reka bentuk MX4 adalah berasakan aluminium-magnesium aloi dan mempunyai berat 147gram dengan ketebalan 8.9mm. Warna-warna yang ditawarkan bagi MX4 adalah putih, emas dan kelabu.

Meizu akan mula membuka tempahan awal bagi MX4 di China mulai semalam dan pengguna akan menerimanya pada 20 September. Model MX4 16GB dijual pada harga CNY 1,799 (RM 932), model MX4 32GB dijual pada harga CNY 1,999 (RM 1036) manakala model 64GB dijual pada harga CNY 2,399 (RM 1,243).

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa penjual tempatan membawa masuk set import tersebut ke pasaran tempatan.

Kami pasti MX4 akan menjadi pencabar hebat kepada Xioami Mi 4.

Oleh: hzqahmd

Tags: peranti pintar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Isteri Didenda Miliki Rokok Seludup

Next Post

VIDEO: Teknik Terbaru Curi Kereta Guna Kunci Canggih

Related Posts

Kenapa KPM Lewat Agih Laptop? – Najib

26/04/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK BANTUAN 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 dilulus dalam bajet 2021. Dijanji kerajaan untuk dipercepatkan...

Vivo V20, V20 Pro Dengan Teknologi ‘Eye Autofocus’

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Vivo secara rasminya melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu dalam siri V20 “Be The Focus” di...

Next Post

VIDEO: Teknik Terbaru Curi Kereta Guna Kunci Canggih

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd