• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatan Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor Dilucut

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Faekah Husin memaklumkan perkara itu apabila memberitahu Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang telah ditutup berkuatkuasa serta merta.

Beliau menjelaskan, kerajaan Selangor mempunyai ramai pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman maka kepakaran Anwar tidak diperlukan untuk menasihati perjalanan ekonomi negeri itu.

“Kerajaan negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang merupakan pusat sehenti dan memiliki pegawai-pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Anwar di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah menjelaskan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor membuat keputusan itu bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri dan mengelakkan pertindihan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan negeri itu.

Beliau turut memaklumkan, sejak kewujudan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sumbangan yang beliau berikan kepada kerajaan Selangor.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI kononnya bagi memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Anwar dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. – mynewshub.cc

Tags: Anwar IbrahimKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda PAS Sambut Baik Azmin MB Selangor

Next Post

UPSR: Polis Akan Siasat Sehingga Ke Lubang Cacing

Related Posts

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Next Post

UPSR: Polis Akan Siasat Sehingga Ke Lubang Cacing

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd