• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Bayi Perempuan Dalam Sungai

oleh Ahmad Albab
20/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Seorang lelaki terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di sungai di Kampung Sungai Sah, Penempatan Orang Asli Pos Kemar, Tasik Banding, dekat Gerik di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Manab Baharom berkata, mayat itu ditemui kira-kira jam 2.25 petang oleh penduduk Orang Asli yang melalui kawasan jeram terbabit.

Menurutnya, bayi tersebut yang berusia kurang dari seminggu itu ditemui tersangkut pada batu di tebing sungai terbabit.

“Mayat bayi berkenaan dipercayai dibuang di tempat lain sebelum dijumpai di tempat kejadian berdasarkan aliran sungai yang berupa sebuah jeram,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abd Manab berkata, bayi malang itu dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dipercayai mangsa mati 10 jam sebelum ditemui.

“Berdasarkan bentuk fizikal, mayat bayi tersebut adalah Orang Asli berdasarkan wajahnya. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan hingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: buang bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

25/10/2021
0

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di tong sampah di kawasan Flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd