• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Iktiraf Pengundi Dua Warganegara

oleh AK-47
19/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Kerajaan memberi peringatan bahawa pengiktirafan warganegara tidak diberikan kepada mereka yang memiliki dua kad pengenalan negara lain kerana ia melanggar undang-undang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Malaysia hanya mengiktiraf satu kewarganegaraan sahaja iaitu Malaysia sebagai tanda kesetiaan.

Beliau memberi amaran itu kepada penduduk yang berada berhampiran di sempadan Thailand kerana kerajaan ada maklumat ada individu yang memegang dua kad pengenalan secara diam-diam.

“Saya dapat tahu ada pengundi-pengundi mempunyai dua kad pengenalan, satu kat pengenalan Malaysia (Mykad) satu kad pengenalan hok sana tu (Thailand).. saya tahu.

“Undang-undang Malaysia hanya mengiktiraf satu warganegara, mana-mana yang ada dua warganegara Malaysia tidak mengiktiraf orang-orang itu yang mempunyai dua warganegara,” katanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata keadaan itu akan membuatkan orang itu menjadi pengundi tidak bertanggungjawab kerana apabila ada pilihan raya di Thailand, mereka akan mengundi di sana dan sebaliknya.

Pada 25 September ini, pengundi di DUN Pengkalan Kubor akan mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk mencari pengganti Allahyarham Datuk Seri Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia.

“Tolong periksa dengan pihak Thailand, kalau-kalau ada.. memang ada mereka yang balik ke sini untuk mengundi.. Di sana (Thailand) dia mengundi negara sana, balik sini mengundi negara sini.

“Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, inilah konsep warganegara Malaysia yang taat setia,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam satu Program Jalinan Mesra Bersama Komuniti di Pengkalan Kubor di Sekolah Menengah Kebangsaan Geting sempena lawatan turun padang beliau ketika tempoh kempen PRK berkenaan.

Zahid_2_1

 

Pada majlis berkenaan Ahmad Zahid hadir diiringi oleh Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Suhaimi Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Datuk Zaitun Ab Samad dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Sulaiman Keling.

Pengkalan Kubor dalam daerah Tumpat merupakan kawasan DUN paling hujung di Kelantan dan ia terletak berhampiran dengan sempadan di Sungai Golok dengan Tak Bai di Thailand.

http://youtu.be/fNCymWDAmrI

PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Tags: PRK Pengkalan KuborZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd