• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mahu Pengecualian Visa Ke AS

oleh Ahmad Albab
28/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Malaysia berhasrat menyertai program pengecualian visa Amerika Syarikat dalam tempoh 18 bulan akan datang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata program itu akan membolehkan rakyat Malaysia memasuki Amerika Syarikat tanpa memohon untuk mendapatkan visa dan membolehkan mereka tinggal di negara itu bagi tempoh maksimum 90 hari untuk tujuan pelancongan atau perniagaan.

Setakat ini, 37 negara telah menyertai program itu termasuk negara-negara jiran iaitu Singapura dan Brunei, katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Ahmad Zahid berkata program itu dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama semasa pemimpin Amerika itu melawat Malaysia, April lalu.

Beliau berkata Malaysia memperbaiki pelbagai senarai semak termasuk menguatkuasakan langkah-langkah ketat seperti rakyat Malaysia yang kehilangan pasport mereka perlu melaporkannya dalam tempoh 24 jam.

Ahmad Zahid berkata, program itu akan dapat meningkatkan lagi aliran pelabur, pelancong dan pelajar dari Malaysia ke Amerika, dan pemeriksaan keselamatan boleh dilakukan di Malaysia sebelum rakyat Malaysia memasuki Amerika.

Beliau juga berkata Malaysia akan mengubah keseluruhan sistem pemeriksaan keselamatan sempadan dalam usaha mengadakan pemeriksaan ketat termasuk mengesan mereka yang berada di dalam senarai suspek.

Ahmad Zahid juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Jeh Johnson di Washington D.C pada Ahad.

Beliau juga berkata Malaysia dan Amerika Syarikat telah meningkatkan kerjasama mereka dalam memerangi keganasan.

Ahmad Zahid berkata, beliau berbincang dengan para pegawai kanan unit memerangi keganasan di sini berhubung aspek undang-undang dan operasi bagi menangani isu berhubung dakwaan bahawa Malaysia menjadi tempat latihan bagi pengganas rakyat Malaysia berjuang di Syria dan Iraq.

“Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai pembabitan rakyat Malaysia yang disyaki menjadi pengganas dan pengganas asing yang dikatakan menggunakan Malaysia sebagai pusat transit sebelum ke negara-negara lain,” kata Ahmad Zahid.

Beliau juga mengesahkan bahawa 34 rakyat Malaysia telah menyertai kumpulan yang digelar Negara-negara Islam (IS) di Syria dan Yemen.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata Malaysia berusaha ke arah meningkatkan status Tahap 3 kepada Tahap 2 dalam menangani isu pemerdagangan orang.

Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang bagi tahun 2014 yang dikeluarkan pada 20 Jun lalu meletakkan Malaysia di Tahap 3 berbanding Senarai Pemerhatian Tahap 2 sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd