• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Menahan Tebusan Dengan Bahan Letupan Menyerah Diri

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRASïLIA – Seorang lelaki bersenjata yang menahan seorang pekerja hotel di sini sebagai tebusan dan memaksanya memakai vest yang sarat dengan bahan letupan, menyerah diri kepada polis.

Polis berkata dalam kejadian itu, lelaki bersenjata terbabit memanggil seorang kakitangan hotel pada awal pagi dan kemudian menolaknya masuk ke sebuah bilik di tingkat 13 di Hotel Saint Peter di sini.

Lelaki itu kelihatan beberapa kali berdiri di anjung bilik hotelnya sambil menghayunkan pistolnya manakala tebusannya digari.

Pihak keselamatan mengambil langkah meminta semua pelanggan dan pekerja supaya keluar daripada hotel berkenaan dengan segera.

Unit pemusnah bom juga dipanggil selepas lelaki terbabit memaklumkan kepada pihak hotel bahawa dia menahan seorang tebusan.

“Dia sudah menyerah diri dan ditahan di balai polis Brasilia,” kata jurucakap polis.

Pesuruhjaya Polis Paulo Henrique Almeida berkata pihaknya masih menyiasat sama ada bahan letupan yang digunakan pada vest berkenaan adalah bahan letupan betul.

“Kami ingin menyiasat kenapa lelaki terbabit tidak membuat sebarang tuntutan,” tambahnya.

Tebusan itu tidak lagi memakai vest berkenaan ketika penjenayah terbabit menyerah diri kepada polis pada tengah hari.

Menurut laporan media tempatan, lelaki terbabit, dalam lingkungan umur 30-an adalah bekas calon dalam pilihan raya majlis tempatan.

Dia juga pernah dilaporkan mendesak agar undang-undang baharu dikuat kuasakan bagi menghalang calon dengan rekod jenayah daripada bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. – AFP

Tags: Bomtebusan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd