• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipenjara 45 Tahun & 16 Sebatan Kerana Rogol & Samun

oleh Ahmad Albab
26/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Belum tamat menjalani hukuman penjara, seorang banduan hari ini menerima nasib malang apabila Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman 45 tahun penjara dan 16 sebatan terhadapnya kerana kesalahan rogol dan samun empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin membuat keputusan itu terhadap Mohamad Khairi Bahauddin, 32, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya hukuman bagi lima pertuduhan dijalankan secara berasingan.

Sebelum ini, pada 26 Mac lepas, Mahkamah Sesyen memutuskan hukuman penjara 15 tahun dan 16 sebatan ke atas Mohamad Khairi dijalankan serentak bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara untuk tempoh 45 tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan yang dijangka berakhir 2016.

Tertuduh yang kini menjalani hukuman itu di Penjara Tapah atas kesalahan merogol seorang gadis berusia 18 tahun di dalam sebuah tandas awam wanita di pusat makanan Glutton Square dekat Teluk Intan di sini, pada 19 April 2010.

Dalam penghakimannnya, Noorin berkata selepas meneliti rekod jenayah dan modus operandi, responden tidak mendapat undang-undang simpati serta belas
kasihan daripada mahkamah kerana kesalahan yang dilakukannya adalah berat dan berulang kali.

“Mahkamah menerima rayuan pendakwaan agar hukuman dijalankan secara berasingan. Responden perlu diasingkan daripada masyarakat kerana kesalahan yang dilakukan boleh mengancam mereka dan sebahagian besar usianya dihabiskan di penjara, supaya ia mendatangkan kebaikan kepada responden,” jelasnya.

Pada 7 Ogos 2010, tertuduh merogol dua gadis serta menyamun sebuah pemain cakera padat, sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericsson dan wang tunai RM500 milik kedua-dua gadis berkenaan.

Selain itu, tertuduh juga menyamun sebuah telefon bimbit jenis Ericsson W995 dan wang tunai RM40 milik Chong Hooi Ling, 17.

Tertuduh melakukan perbuatan itu antara 6.40 pagi hingga 7.15 pagi di No 30, Lebuh Perajurit 3, Taman Ipoh Timur di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling dan Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin.- BERNAMA

Tags: kes samunrogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pastikan SPM Tidak Bocor: Pemuda Gerakan WP

Next Post

Transformasi Sistem Pendidikan Negara, Kerjasama IPTS Penting

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Next Post

Transformasi Sistem Pendidikan Negara, Kerjasama IPTS Penting

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd