PUTRAJAYA – Lebih 25,000 ekor lembu disediakan sebagai bekalan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 5 Okt ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Selain stok tempatan, lembu untuk korban juga diimport dari Thailand, Australia dan Myanmar, katanya
Kementerian akan memastikan bekalan lembu pada musim perayaan sentiasa mencukupi sebagai contoh pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas tiada aduan ketidakcukupan bekalan dilaporkan, katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi 2014 peringkat kementerian di sini hari ini.
Terdahulu Tajuddin dalam ucapannya berkata warga kementerian harus memikirkan bagaimana untuk melaksanakan transformasi yang boleh memberikan perubahan lebih baik kepada kumpulan sasar selain menjalankan tangungjawab sedia ada. – BERNAMA

