• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Gesaan ISA Diwujudkan Semula

oleh AK-47
06/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut meminta kerajaan mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presidennya, Abdul Aziz Bakar berkata tindakan pihak-pihak tertentu sejak kebelakangan ini dilihat semakin menggugat keharmonian negara, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain daripada itu, penubuhan pasukan keselamatan haram seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pula mencabar kredibiliti dan integriti pihak polis.

Abdul Aziz yang diiringi 40 anggotanya sebelum itu membuat dua laporan polis berhubung isu PPS serta gesaan pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.

Semalam, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim berkata majoriti Umno Bahagian di seluruh negara meminta kerajaan mengekalkan Akta Hasutan selain mengembalikan semula ISA.

Ahad lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM yang dianggotai 5,000 orang itu ditubuhkan pada 11 Jun 2007 bertujuan mengimbau kembali segala jasa yang ditabur oleh anggota pasukan itu dalam menentang berbagai ancaman demi memelihara keselamatan negara. – BERNAMA

Tags: ISA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Singapura Hantar Pulang Rakyat Malaysia Terpengaruh ISIS

09/02/2021
0

SINGAPURA - Seorang rakyat Malaysia berumur 33 tahun dihantar pulang ke negara asalnya pada Ogos 2020 selepas siasatan menunjukkan bahawa lelaki...

“Pilih Saya Atau Isa” – Kata 2 Untuk Pemegang Saham

08/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Krisis dalaman anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) antara dua tokoh pentingnya kini semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd