• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KSN Dipilih Ikon Membaca Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dipilih sebagai Ikon Membaca Kebangsaan, sekali gus menjadi penjawat awam pertama yang menerima anugerah itu.

Ia diumumkan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Othman Mahmood pada majlis pelancaran program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Putrajaya:’Take A Break…Read@Putrajaya’ di sini hari ini yang disempurnakan oleh Ali .

Ikon Membaca Kebangsaan merupakan anugerah inisiatif Perpustakaan Negara sejak 2009 bagi menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda.

Ketika ditemui pemberita, Ali berkata selain membaca buku ilmiah seperti ekonomi dan kepimpinan untuk mendapatkan idea-idea baharu, beliau turut memilih bahan bacaan ringan untuk melapangkan fikiran.

“Saya suka membaca. Saya baca semua buku ilmiah dan buku menghiburkan hati termasuk buku kartun dan fiksyen,” katanya.

Meskipun sibuk dengan tugasan memastikan kelicinan dan pengurusan pentadbiran negara berjalan lancar, katanya beliau senantiasa memastikan dapat meluangkan masa untuk membaca.

“Berapa banyak buku (yang dibaca) bergantung pada saiz buku dan ada antaranya ambil masa sebulan untuk habis. Tetapi, saya berharap untuk membaca lebih banyak lagi buku, setiap kali saya tengok buku, saya akan beli dan baca,” kata Ali.

Tokoh yang turut menerima anugerah sama sebelum ini ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh dan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Terdahulu, dalam ucapannya semasa melancarkan program itu, Ali berkata membaca bukan sahaja perlu dipupuk dalam setiap individu, malahan harus melibatkan anggota keluarga atau kenalan rapat.

“Selaku seorang bapa atau ketua keluarga, saya sering meletakkan budaya membaca sebagai satu keutamaan dalam proses mendidik anak-anak dari awal sehingga kini,” katanya.

Pada program itu, Ali turut melancarkan ‘Library on wheels’, iaitu perpustakaan mini yang disediakan dalam bas-bas awam di Putrajaya, yang merupakan inisiatif terbaru hasil usaha sama Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd, Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai agensi kerajaan. – BERNAMA

Tags: KSN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

03/08/2024
0

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan...

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd