• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontinjen Negara Tepati Dua Sasaran Emas – Khairy

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Dua acara sukan menepati sasaran pingat emas yang ditetapkan sebelum ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata acara wushu yang dikatakan ‘pingat tidak diduga’ sebenarnya berada dalam senarai sasaran lapan pingat emas kontinjen negara ke Sukan Asia di Incheon itu.

“Kita menepati sasaran. Pingat emas daripada wushu dan skuasy wanita memang dalam perancangan kita. Saya harap kita dapat kekalkan momentum agar dapat melepasi sasaran kita.

“Setakat ini tidak tersasar. Walaupun wushu ramai kata ia di luar dugaan tapi kita sebenarnya sering menang pingat emas, cuma kita tidak tahu dalam acara mana, buat masa ini kita menepati sasaran,” katanya ketika ditemui di Yeorumul Squash Courts di sini pada Selasa.

Khairy hadir menyaksikan perlawanan akhir skuasy perseorangan wanita yang menyaksikan pingat emas dan perak milik kontinjen negara.

Datuk Nicol David menepati ramalan pingat emas selepas menewaskan rakan senegara Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5 da 12-10.

Kemenangan kali ini adalah pingat emas kelima ratu skuasy negara sepanjang penyertaan di temasya Sukan Asia, selepas meraih emas di Bangkok (1998), Doha (2006) dan Guangzhou (2010).

Sementara itu, ditanya mengenai pencapaian skuad bola sepak yang gagal ke suku akhir seperti yang disasarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Khairy berkata adalah tidak adil untuk menilai prestasi ekoran temasya Sukan Asia masih berlangsung dan beliau sendiri tidak berkesempatan menonton perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi.

“Saya dengar rentak permainan agak bagus. Kita akan kaji selepas ini,” katanya.

Pada aksi terakhir kumpulan A, skuad bawah 23 negara tewas 0-3 kepada Arab Saudi, sekali gus meranapkan harapan bola sepak untuk mara ke suku akhir seperti yang disasarkan.

Dalam pada itu, Khairy berkata acara badminton berpasukan menepati sasaran ke separuh akhir dan fokus sekarang adalah kepada acara individu perseorangan dan beregu. – BERNAMA

 

Tags: Khairy JamaluddinSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd