• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Belanja RM20j Program Advokasi Denggi

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membelanjakan hampir RM20 juta sejak Januari lepas, bagi melaksanakan pelbagai program advokasi memerangi demam denggi di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata program yang giat dilaksanakan itu bukan sahaja bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tetapi juga sebagai pendekatan menurunkan bilangan kes demam denggi di negara ini.

“Dari Januari sehingga kini, kes demam denggi yang direkodkan adalah sebanyak 70,000 kes dan sepanjang tempoh itu juga kementerian membelanjakan hampir RM20 juta bagi melaksanakan pelbagai program membanteras denggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kesihatan masyarakat India 1Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata melalui program yang dilaksanakan itu, pihaknya mendapati masyarakat mula mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak denggi di kawasan kediaman masing-masing.

“Melalui tindakan bersepadu yang dibuat kementerian dan pelbagai agensi, rekod terkini menunjukkan terdapat penurunan kes demam denggi termasuk di Selangor dan Kelantan, yang mana sebelum ini kedua-dua negeri tersebut menunjukkan rekod membimbangkan.

“Bagaimanapun butiran lanjut mengenai situasi terkini kes demam denggi itu akan saya maklumkan kemudian pada sidang media yang akan dibuat Rabu ini,” katanya.

Mengulas mengenai program kesihatan itu, Dr Subramaniam berkata masyarakat India akan diberi pendedahan dan pendidikan bagaimana mengesan pelbagai penyakit dari awal.

Katanya, pendekatan itu termasuklah menekankan amalan pemakanan sihat bagi mengelakkan pelbagai penyakit serius termasuk obesiti.

Program MySihat Indian 1Malaysia itu adalah di bawah kelolaan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan (SITF) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan juga MIC. – BERNAMA

Tags: denggiKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd