• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar Sasar Tanam 80 Juta Pokok

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kini mensasarkan penanaman sebanyak 80 juta pokok di seluruh negara selepas Kempen Menanam 26 Juta Pokok melebihi sasaran.

Menterinya Datuk Seri G.Palanivel berkata sebanyak 53.13 juta pokok telah ditanam di seluruh negara dengan anggaran keluasan 65,559 hektar sejak kempen berkenaan bermula dari tahun 2010 sehingga Disember 2013.

Oleh yang demikian, 30 juta pokok lagi akan ditanam dalam tempoh lima tahun akan datang dan ia sekaligus melengkapkan sasaran baharu penanaman sebanyak 80 juta pokok.

“Penanaman 30 juta pokok itu yang telah bermula tahun ini akan menumpukan kawasan antaranya yang mengalami penerokaan tanah secara melampau, hutan
terosot, pantai dan perbandaran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kerjasama Strategik Penanaman Pokok di Cameron Highlands, di Hutan Simpan Terla B di sini hari ini.

Beliau berkata penanaman 30 juta pokok itu akan melibatkan penyertaan pelbagai pihak terutama badan bukan kerajaan, syarikat korporat serta seluruh lapisan masyarakat.

Terdahulu dalam ucapannya, Palanivel berkata disebabkan tekanan arus pembangunan, keperluan tanah di Cameron Highlands untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas semakin meningkat.

“Permintaan yang tinggi terhadap kawasan pertanian di sini menyebabkan berlakunya pembukaan tanah secara berterusan sehingga menceroboh kawasan Hutan Simpan Kekal dan hutan tanah negeri,” katanya.

Beliau berkata selain daripada usaha pemuliharaan, kementerian juga mengambil inisiatif untuk meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan.

“Pasukan Penguatkuasaan Berpusat (CET) yang ditubuhkan 12 Julai tahun lepas kini melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Perhutanan, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar serta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang,” katanya.

Palanivel yang turut melancarkan sistem e-LPS hari ini berkata sistem urusan pemberian lesen pendudukan sementara (LPS) itu telah ditambah baik bagi membantu pihak berkuasa melaksanakan pemantauan dan pembangunan tanah bagi tujuan pertanian.

Katanya selain itu pusat arahan Pasukan Penguatkuasaan 1NRE yang turut digerakkan oleh beberapa agensi juga berperanan melaksanakan rondaan dan pemantauan udara secara berkala di lokasi yang dikenal pasti.

Program Kerjasama Strategik Penanaman Pokok di Cameron Highlands dilaksanakan sebagai satu tanggungjawab sosial korporat oleh tujuh syarikat iaitu Tesco Malaysia, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd, Petronas, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Golden Ecosystem Sdn Bhd.

Program dipanggil “Cameron Highlands Dreams” itu menumpukan usaha penanaman pokok di kawasan yang telah diceroboh dan terosot yang melibatkan empat spesis pokok hutan iaitu Damar Minyak, Rhu Bukit, Podo dan Meranti Bukit kerana ia mampu mengadaptasi ekosistem pergunungan dan mencapai tumbesaran optimum.

Badan korporat yang bekerjasama dalam projek itu akan membiayai kos penyediaan anak pokok, kerja penanaman dan penyelenggaraan selepas ditanam bagi tempoh lima tahun mengikut keluasan yang ditetapkan.

Seluas 26 hektar akan ditanam dengan pokok berkenaan yang meliputi kawasan Hutan Simpan di Terla B, Gunung Siku, Sungai Kial dan Ulu Bertam. – BERNAMA

Tags: G.Palanivelpokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Lancar ‘Ops Albatross’, Buru Suspek Godam Mesin ATM

Next Post

Bank Perlu Kemas Kini Sistem Pengkomputeran ATM

Related Posts

4 Sekeluarga Terselamat Kenderaan Dihempap Pokok

4 Sekeluarga Terselamat Kenderaan Dihempap Pokok

12/01/2025
0

KLUANG : Empat sekeluarga nyaris maut apabila Perodua Alza dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang semasa hujan di kilometer 48.5...

Pulang Beli Juadah, Lelaki Terkejut Rumah Dihempap Pokok

Pulang Beli Juadah, Lelaki Terkejut Rumah Dihempap Pokok

30/03/2023
0

SIK - Seorang lelaki yang baru pulang daripada membeli juadah berbuka, terkejut melihat rumah yang didiaminya sejak kecil dihempap pokok...

Next Post

Bank Perlu Kemas Kini Sistem Pengkomputeran ATM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd