• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelayakan Euro 2016: Jerman Menang, Portugal Tewas

oleh AK-47
08/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Dua bulan selepas menjulang Piala Dunia, Jerman membuka kempen kelayakan Kejohanan Eropah 2016 dengan kemenangan 2-1 ke atas Scotland manakala Portugal dan Greece tumpas dalam perlawanan masing-masing.

Thomas Mueller menyumbatkan kedua-dua gol Jerman menerusi tandukan berbisa pada minit ke-18 dan rembatan jarak dekat pada minit ke-70, cuma empat minit selepas Ikechi Anya menyamakan kedudukan untuk Scotland.

“Saya puas hati dengan tiga mata ini. Amat penting untuk mulakan kempen dengan kemenangan,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Skuad Jerman kini belum kalah dalam 33 perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah atau Piala Dunia.

Sementara itu, skuad Portugal yang turun beraksi tanpa bintang mereka, Cristiano Ronaldo kalah 1-0 di gelanggang sendiri kepada Albania manakala Romania yang terpaksa bermain dengan 10 orang menundukkan Greece 1-0 dan Serbia pula seri 1-1 dengan tuan rumah Kejohanan Eropah 2016, Perancis dalam perlawanan persahabatan. – AP

Tags: Euro 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ferguson Tunggu Ronaldo, Nani Demi Pelukan Hangat

12/07/2016
0

PARIS - Bekas pengurus Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson, menjadi salah satu tokoh yang turut gembira dengan kejayaan Portugal...

Kalah Euro 2016, Penyokong Perancis Merusuh

12/07/2016
0

KECEWA dengan kekalahan Perancis di kejohanan bola sepak Euro 2016 baru-baru ini, segelintir penyokong tuan rumah telah mencetuskan keadaan huru-hara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd